03 March 2026

ISTERI TUNTUT CERAI - M JAMIL LUAH RASA TERKIL4N, DAKWA ISTERI BERUBAH SEJAK DIA DIS£RANG STR0K



"Saya diminta hadir untuk perbincangan pada 11 Februari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. Semasa di sana, isteri bersama peguamnya. Dia diam tanpa bercakap apa-apa dengan saya.

"Maknanya, 100 peratus dia berubah. Hanya bercakap dengan peguam sahaja. Dia beri beberapa alasan berkenaan tuntutan cerai itu, tetapi, saya anggap tidak masuk akal dan saya tak jawab.

"Bila benda (str0k) ini berlaku pada saya, isteri mula buat perangai. Dia kata saya mar@hkan dia, tapi takkanlah dalam perkahwinan tak boleh mar@h? Jadi, pada 14 April ini, k£s akan bersambung untuk cari jalan perdamaian dan jika gag@l, maka akan pergi ke peringkat hakam.

"Apa-apun, saya kasihankan dua anak saya yang tidak pernah berpisah," demikian kata pelakon dan pengarah, M Jamil atau nama sebenarnya, Mohamad Jamil Zulkifli, 62, dimana dia meluahkan rasa terkil@n apabila rumah tangga yang dibina berdepan ujian besar susulan mas@lah kesihatan yang dialaminya.

Klik untuk gamar besar

Dalam pada itu, M Jamil yang juga anak kepada Seniwati Datuk Sarimah Ahmad, mendakwa, sikap isterinya mula berubah sehingga membawa kepada permohonan cerai di mahkamah sejak dia dis£rang str0k lapan tahun lalu.

Mengulas lanjut mengenai perkembangan k£s perceraiannya, M Jamil memaklumkan, dia telah hadir ke sesi perbincangan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 11 Februari lalu, namun dakwanya, tiada sebarang komunikasi berlaku antara mereka sepanjang prosiding tersebut.

Luah M Jamil lagi, dia amat terk£san dengan tindakan isterinya yang memfailkan perceraian ketika dirinya masih dalam keadaan kurang sihat dan memerlukan sokongan.
"Saya amat terkil@n apabila isteri buat begini. Selama ini hanya dia yang tahu macam mana cara penjagaan dan ubat untuk saya makan. Sekarang memang agak sus@h untuk saya buat sendiri.

"Pada masa sama, saya sebenarnya tidaklah nak sal@hkan sesiapa sebab benda (permohonan cerai) ini boleh bawa bincang elok-elok dan kena tahu apa sebab musababnya," ujar M Jamil yang bernikah kali keempat pada 24 Mei 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata yang berusia sembilan serta 11 tahun.

Untuk makluman, M Jamil berkahwin sebanyak empat kali, namun menceraikan isteri pertama dan kedua, manakala isteri ketiga meninggal dunia pada tahun 2010.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.