"Terima kasih Ayah (Kamal) bawa Qeyaa (Uqaira) jalan-jalan. Maaf anak ibu, (ibu) shoot (ada penggambaran dari) pagi ke pagi. Nanti Bubu (ibu) bawa Qeyaa (Uqaira) pula."
Itulah tulis pelakon Uqasha Senrose, 34, menerusi hantaran di media sosial, dimana dia menzahirkan ucapan terima kasih kepada bekas suaminya yang juga pelakon, Kamal Adli, 40, kerana sudi meluangkan masa membawa anak tunggal mereka, Hawra Uqaira untuk bersiar-siar.
Dalam hantaran itu, Uqasha memuat naik video yang memaparkan Hawra teruja melihat beberapa ekor ikan di dalam sebuah akuarium, selain turut berkongsi sebuah foto anak perempuan sedang duduk di sebuah meja.
Klik untuk gambar besar
Terdahulu, Uqasha dan Kamal bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Hawra Uqaira yang kini berusia 20 bulan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.