09 April 2026

BILA 'PINGGAN PLASTIK' AMAZON NOOR NABILA UNTUK 'OPEN HOUSE' JADI PERHATIAN



"Nabila tak nak pinggan plastik biasa. Jadi, Nabila cari di Amazon, konon-konon beli yang lagi eksklusif. Dia kata beli untuk guna open house, nampak lagi cantik. Nabila ni kalau boleh tisu pun beli dari luar negara."

Demikian selor0h pemp£ngaruh media sosial, Rosix Omar menerusi satu hantaran di mana ia menjadi perhatian apabila berkongsikan mengenai usahawan Noor Nabila yang membeli pinggan plastik secara atas talian dari luar negara.

Kata Rosix, kakak kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa itu membeli pinggan plastik dengan rekaan mewah berkenaan untuk rumah terbuka hari raya.

Klik untuk gambar besar

Melihat pada video berkenaan, Nabila kelihatan sedang menyusun pinggan plastik yang dibeli serta sudu, garfu dan pisau berwarna keemasan.

Perkongsian Rosix itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bertanyakan sama ada perlu basuh ke selepas gunakan kerana ujar netizen, ibu mereka pasti basuh semula untuk disimpan.

Tidak kurang juga, ada yang bertanyakan di mana boleh dapatkan pinggan plastik berkenaan serta ada yang mengatakan jika banyak duit pun mereka akan membelinya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.