"Alhamdulillah, Akira jom balik ❤," itulah tulis pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu, 42, yang berkongsi gambar isteri, Watie Hanifiah, 38, dan bayi perempuan mereka, Akira Juwita Zahra yang kini sudah dibenarkan pulang ke rumah selepas beberapa hari di hospital.
Dalam pada itu, Shuib dan isterinya meluahkan rasa syukur kerana bayi perempuan menerima pelbagai hadiah daripada peminat (pengikut) dengan jumlah terkumpul sebanyak RM81,418.48 ketika sesi siaran langsung di TikT0k, baru-baru ini.
Kata Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, dia menganggap itu adalah rezeki yang dikurniakan kepada anak kelimanya. "Ya Allah, awak (pengikut) nak bayarkan bil hospital ke ni? Ya Allah, awak (pengikut) betul-betul hendak bayarkan bil saya ini. Akira, ini rezeki Akira," tutur Shuib.
Klik untuk gambar besar
Shuib juga memiliki empat cahaya mata lain hasil perkahwinan dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah iaitu Uwais Alqarni, 15; Dzahira Talita Zahra, 13; Ariq Matin, 10 dan Ayash Affan, 5.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!















No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.