09 April 2026

PERTAMA KALI BIMBING ISTERI MUALAF - HAFIZ SUIP AKUI TAK MUDAH, RUJUK RAKAN ARTIS : "NAK KATA PANDAI ITU, TIDAKLAH SANGAT, ADA BEBERAPA SOALAN JUGA YANG SAYA TIDAK TAHU"



"Sebelum ini memang tidak pernah bimbing orang lain peluk agama Islam. Ini merupakan kali pertama. Apa yang saya boleh katakan adalah hanya berserah kepada Allah. Nak kata pandai itu, tidaklah sangat. Ada beberapa soalan juga yang saya tidak tahu."

Demikian ujar penyanyi Hafiz Suip, 36, di mana akuinya, membimbing isterinya iaitu Fiona Safiyya yang merupakan seorang mualaf bukanlah tugas mudah, namun dia mengambil tanggungjawab itu sebaik mungkin dan berserah kepada Allah SWT.

Hafiz atau nama penuhnya, Mohd Hafiz Mohd Suip, berkata, ini merupakan kali pertama dia mengajar seseorang yang baru memeluk Islam mendalami ilmu agama dan berhubung itu, dia sering merujuk kepada rakan-rakan artis lain yang turut melalui situasi perkahwinan yang sama.

Klik untuk gambar besar

"Saya ada bertanya dan berkongsi pendapat dengan rakan-rakan artis seperti Akim dan Hazama kerana mereka juga berkahwin dengan pasangan bukan Muslim," tuturnya yang berkongsi pengalaman membimbing isteri.

Disamping itu, Hafiz turut bercerita mengenai sambutan Aidilfitri di Sarawak sebagai pasangan suami isteri, di mana dia meluahkan rasa syukur kerana dapat mencipta kenangan manis bersama Fiona.

Bagaimanapun, kongsi Hafiz, suasana raya tahun ini dirasai sedikit hiba buat keluarganya berikutan pemergian bonda tercinta, Allahyarham Halizawati pada November tahun lalu.
"Bapa pesan tahun ini jangan buat rumah terbuka, cukup sekadar menziarahi keluarga terdekat. Tahun ini suasana terasa sedikit hiba bagi kami sekeluarga terutama apabila berkumpul di rumah nenek.

"Arwah ibu saya anak bongsu dan arwah seorang yang suka memeriahkan suasana. Jadi apabila berkumpul tahun ini, kami semua terasa sangat akan kehilangan dan ketiadaan arwah ibu," katanya.

Untuk makluman, Hafiz dan Fiona sah bergelar suami isteri pada 13 Februari lalu di satu majlis yang berlangsung di Petrajaya Kuching, Sarawak.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.