"Saya tidaklah cakap tiada (pasangan), tetapi tidak juga ada. Kalau ada yang baik-baik, Insya-Allah saya akan beritahu.
"Berkawan itu ada, tetapi saya belum bersedia untuk berkongsi lanjut. Saya lebih selesa untuk tidak terlalu berlebihan kerana mungkin faktor umur dan sebelum ini sudah banyak pengalaman.
"Pada umur seperti ini, saya mahu lebih tenang. Ada yang patut kita kongsikan, saya akan beritahu. Kalau tidak, biarlah saya simpan sendiri dahulu."
Klik untuk gambar besar
Ujar Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, pengalaman lalu juga membuatkan dia lebih berhati-hati apabila bercakap soal teman lelaki atau kisah peribadi.
Dalam pada itu, Zara menjelaskan, dia juga tidak lagi mahu meletakkan sas@ran tempoh tertentu untuk berumah tangga dan menyerahkan sepenuhnya kepada takdir.
Tambahnya lagi, dia juga tidak lagi mahu meletakkan sas@ran tempoh tertentu untuk berumah tangga dan menyerahkan sepenuhnya kepada takdir ketika mengulas mengenai soal jodoh.
"Sekarang ini saya sudah umur 41 tahun, nak sas@rkan apa lagi? Saya lalui sahaja. Insya-Allah, kalau ada rezeki, Allah bagi, adalah nanti.
"Rezeki ini luas. Tak semestinya tidak berkahwin tiada rezeki lain. Sihat tubuh badan, cukup makan dan ada rumah, semuanya rezeki lebih daripada sepatutnya," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.