"Saya dibayar sekurang-kurangnya untuk 14 hari bekerja, iaitu kurang daripada sebulan dalam tempoh penggambaran 100 hari. Penggambaran dilaksanakan dalam masa 100 hari.
"Hari pertama penggambaran bermakna setiap hari sampai hari yang keseratus dipenuhkan dengan penggambaran. Komitmen saya tak sampai sebulan. Alhamdulillah saya dibayar hampir RM70,000."
Itulah jelas pelakon Johan As'ari menerusi satu p0dcast, di mana dia berkongsikan perkara mengejutkan apabila mendedahkan gaji diterimanya ketika berlakon filem 'Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan'.
Kata Johan, dia menerima bayaran sekitar RM70,000 dan komitmennya di set penggambaran hanya selama 14 hari.
Klik untuk gambar besar
"Makan minum semua ditanggung, menginap di hotel. Terima kasih kepada Studio Kembara atas layanan yang sangat baik. Ini rezeki saya dan rakan-rakan d(pelakon lain," tuturnya.
Untuk rekod, filem 'Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan' arahan w mencatat kutipan sebanyak RM97 juta.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.