16 April 2026

ALIFF SYUKRI SERAH WANG HASIL 'LIVE' - NORISH KARMA TAK SANGKA TERIMA PULUHAN RIBU, LUAH RASA SYUKUR



"Saya t£gaskan disini, Norish tidak meminta, dia datang sini ingin beraya dan minta kerja. Boleh tak jadi hos ke, duta ke atau kerja di pejabat. Anak-anak kerja.

"Ini memang rezeki Kak Norish. Inilah hasil kerja akak hari ini. Saya beri ini sebab yakin Allah jadikan saya perantara untuk membantu ringankan b£ban mereka."

Demikian jelas usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, di mana beliau membuat amal dengan membantu keluarga pelakon Norish Karman melalui sumbangan wang tunai lebih RM15,000 hasil jualan pr0duk dalam satu siaran langsung malam tadi.

Klik untuk gambar besar

Aliff menerusi sesi siaran langsung itu berkata, Norish tidak meminta sumbangan sebaliknya pelakon itu hanya mahu bekerja. Sementara itu, Norish yang berasa sebak atas bantuan yang diterimanya, mengucapkan terima kasih buat Aliff dan isterinya, Datin Seri Shahida termasuk rakyat Malaysia.

"Alhamdulillah, terima kasih Datuk, Datin dan semua rakyat Malaysia yang pemurah. Anggaplah ini satu perkongsian, moga satu hari nanti kita boleh menjadi individu seperti Datuk Aliff yang sentiasa membantu orang lain," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.