"Keluarga yang berbahagia Dato' Ustaz Kazim mengucapkan terima kasih atas doa daripada semua. Alhamdulillah, Ustaz Kazim stabil setakat ini."
Itulah tulis Admin Facebook pendakwah bebas, Ustaz Datuk Mohd Kazim Elias, bagi mewakili keluarga penceramah berkenaan yang turut menzahirkan rasa syukur dan penghargaan atas doa orang ramai.
Ustaz Kazim yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital bagi pros£dur rawatan jantung, kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil, hari ini.
Klik untuk gambar besar
"Harap maaf, tiada pelawat yang dibenarkan melawat buat masa sekarang. Harap faham," tulisnya lagi.
Sebelum ini, Ustaz Kazim dilaporkan telah dimasukkan ke ICU sebuah hospital untuk menerima rawatan, semalam.
Perkara berkenaan dikongsikan Admin Facebook beliau dalam hantaran klip video yang memohon doa daripada orang ramai tanpa memaklumkan peny@kit dialaminya.
Sementara itu, Abang Ustaz Kazim iaitu Datuk Mohd Najmuddin Elias menerusi hantaran di Facebook, turut memaklumkan pendakwah itu sedang menerima rawatan memasang belon pada saluran dar@h bagi menjawab tanda tanya orang ramai.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.