"Banyak perkara saya mahu perbaiki dan usahakan, seperti sedang usaha lebih cergas dan fokus kepada kerjaya.
"Kalau ada rezeki (berkahwin), itu Allah yang tentukan dan semestinya di luar kawalan saya. Buat masa ini saya masih 'single' (solo), belum bertunang dan berkahwin lagi."
Demikian kata pelakon dan penyanyi Aliff Aziz, di mana akuinya, dia masih lagi solo dan mahu memberi fokus kepada diri sendiri buat masa ini.
Bagaimanapun, Aliff berkata, dia menyerahkan soal jodoh kepada Allah, namun dalam masa sama banyak perkara yang perlu diperbaiki.
Dalam pada itu, jelasnya lagi, hidupnya kini lebih tenang dengan mendekatkan diri kepada Allah serta bergaul dengan jemaah tabligh di Singapura.
"Saya banyak luangkan masa di gim, dengan keluarga dan di set penggambaran. Saya juga dekatkan diri semula dengan agama, jangan sal@h faham, saya bukan mahu berdakwah sebab itu bukan posisi saya.
Klik untuk gambar besar
Disamping itu, akui Aliff, dia masih terima kec@man daripada netizen meskipun sudah dua tahun berlalu insid£n ditangk@p khalw@t.
"Allah bagi ketenangan untuk hadapi semua kec@man, sekarang saya ada satu prinsip bahawa kita semua akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang dilakukan. Keutamaan saya adalah untuk beri yang terbaik buat diri sendiri.
"Kalau saya ada buat sal@h pada sesiapa, sekurang-kurangnya saya kena kenal untuk minta maaf. Tapi macam mana pula dengan kata-kata k£sat daripada orang yang saya tak kenal? Biarlah itu menjadi urusan Allah," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.