10 April 2026

"SAYA SORANG JE YANG BELUM ADA REZEKI ANAK" - APRENA MANROSE LUAH PERASAAN, DULU JALANI TTC BERSAMA NELYDIA SENROSE SEBELUM 'DITINGGALKAN'



"Hi thr£ads pipol! Nak meluah jap. Dulu saya and Nely (Nelydia) sama-sama TTC. Kita kuatkan sesama kita.

"Now tinggallah saya sorang je yang belum ada rezeki anak. Semua cousins dah beranak pinak. Saya bila lagi ya Allah?"

Itulah tulis pelakon Aprena Manrose, di mana perkongsiannya di Thr£ads itu menjadi perhatian ramai apabila meluahkan perasaan mengenai perjalanannya untuk mendapatkan zuriat.

Kata Aprena, sebelum ini dia melalui fasa mencuba untuk hamil (TTC) bersama sepupunya, Nelydia Senrose sebelum pelakon itu mmengesahkan dia kini hamil anak pertama.

Klik untuk gambar besar

Apa yang lebih sebak, ujar Aprena lagi, dia tertanya-tanya bila gilirannya pula hamil kerana dirinya kini tinggal seorang sahaja yang belum diberikan rezeki cahaya mata serta.

Baru-baru ini, Nelydia mengumumkan berita gembira mengenai dirinya yang kini sedang hamil anak pertama sempena ulang tahun perkahwinannya yang ketujuh.

Untuk makluman, Aprena pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Afiq Hazman pada 12 November 2016, sebelum sah bercerai pada Jun tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.