"Selama 27 tahun saya menganut agama Hindu dan ingin memeluk Islam untuk berkahwin, sudah pasti keluarga menghalang.
"Saya berjaya meyakinkan keluarga untuk memeluk agama Islam selepas mereka melihat keperibadian Zubir yang sangat bertanggungjawab serta mengambil berat tentang saya, itu yang membuka mata keluarga.
"Pada satu tahap, ibu beritahu sebenarnya saya sudah menemui seorang lelaki yang tepat untuk dijadikan suami dan mereka percaya, pada akhirnya saya akan hidup bersama dengan orang yang saya sayang."
Demikian kata isteri kepada penyanyi Zubir Khan, 26, iaitu Dr Heama Maleini, 27, di mana dia mendedahkan bahawa bukan mudah meyakinkan ahli keluarga untuk memeluk agama Islam dan berkahwin dengan lelaki berbeza agama.
Kongsi Heama, ahli keluarga agak sukar menerima keputusan itu pada mulanya menyebabkan dia mengambil sedikit masa untuk meyakinkan mereka.
Dalam pada itu, Heama turut mengulas lanjut mengenai penghijrahannya sebagai saudara baharu, di mana dia menyifatkan keputusan untuk memeluk agama Islam antara perkara terbesar yang pernah dilakukannya dalam kehidupan.
"Sebab utama saya memeluk Islam kerana saya sayang dengan Zubir dan mahu berkahwin dengannya.
"Pada masa sama, saya juga tertarik untuk mendalami dan belajar tentang agama Islam. Belajar sesuatu perkara yang baharu dalam hidup (tentang Islam) juga perlu.
"Saya sering dengar ramai orang beritahu Islam itu agama yang mudah. Jadi kenapa nak menyusahkan?
"Saya juga akan belajar tentang Islam secara perlahan-lahan di mana dari cinta kepada Zubir kini saya teruja untuk belajar agama Islam," ujarnya.
Disamping itu, Heama berkata, kesetiaan antara ciri utama yang dicari dalam diri seorang lelaki ketika ditanya kriteria dimiliki penyanyi lagu 'Oh My Khadhale' yang membuatkan hatinya terbuka untuk menjadikannya sebagai pasangan hidup.
"Sebagai wanita, perkara paling utama yang saya cari dari pasangan adalah kesetiaan. Zubir memiliki sifat itu, selain sangat bertanggungjawab.
"Itu antara sebab saya jatuh cinta dengannya," jelasnya yang diraikan dalam satu majlis resepsi perkahwinan mereka yang berlangsung di Glasshouse Puchong, di sini, malam tadi.
Heama dilaporkan memeluk agama Islam pada Mei lalu sebagai sebahagian daripada persiapan sebelum berkahwin dengan Zubir.
Terdahulu, Zubir dan Heama sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz selepas disatukan dalam majlis pernikahan pada Jumaat lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.