02 August 2026

RELA BERTUDUNG TANPA PAKSAAN - SALINA SAIBI ENGGAN SAHKAN SAMA ADA PENAMPILAN KINI ADALAH PERUBAHAN KEKAL, SEBALIKNYA MOHON DOA TERUS ISTIQAMAH



"Saya takut nak cakap mengenai perkara ini (penampilan yang kini bertudung). Tapi setakat ini semuanya baik, inilah saya. Yang apa kalian nampak, inilah dia.

"Ia sebenarnya selepas saya balik umrah, tapi Insya-Allah doakan saya sebab iman saya pun masih lemah.

"Setiap kali nak keluar memang cari tudung, Alhamdulillah ini satu perkembangan p0sitif untuk diri sendiri."

Itulah jelas pelakon Salina Saibi, 44, di mana dia dilihat kini tampil bertudung, namun enggan mengesahkan sama ada penampilan terbaharunya itu adalah perubahan kekal, sebaliknya memohon doa agar terus beristiqamah.

Tutur Salina, dia masih dalam proses memperbaiki diri selepas pulang daripada menunaikan ibadah umrah pada Syawal lalu.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Salina berkata, keputusan tampil dengan imej baharu itu dibuat atas kerelaan diri sendiri kerana Allah, bahkan suaminya, Azmir Osman tidak pernah meletakkan sebarang paksaan.

Ulasnya lagi, dia menyedari faktor usia dan hakikat kehidupan membuatnya mahu berubah ke arah yang lebih baik, biarpun ada perasaan rindu terhadap penampilan lamanya.

"Saya rindu rambut saya yang s£ksi itu sebenarnya sebab rambut saya sangat cantik. Tapi itulah dug@an saya.

"Saya rasa sudahlah, hidup separuh abad dah. Kita tak tahu hidup sampai umur berapa, jadi kalau boleh berbuat baik untuk diri sendiri, buatlah," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.