11 August 2026

"SAYA BUAT IKUT UNDANG-UNDANG SEBAB NAK 'CLEAR' (BERSIHKAN) SEMUA BENDA" - NUBHAN REDA DENGAN 'PERPISAHAN', TITIP PESANAN BUAT BEKAS ISTERI AGAR BERSABAR



"Saya terima, saya reda dengan 'perpisahan' yang sudah berlaku ini. Jadi, dia (bekas isteri) pun kena banyak sabar. Saya sabar sampai sekarang, dan dia pun kena sabar jugalah kan?
"Kita pun ada anak-anak. Jangan fikir apa yang orang nak fikir. Kalau nak fikir orang, awal-awal selepas perceraian itu, saya dah tulis macam-macam, tapi saya tahan sabar sahaja.

"Tak apalah, biarkan sahaja apa orang nak cakap. Namun, bila apa yang dia tulis (di media sosial) menjadi fitn@h, saya buat ikut undang-undang sebab nak 'clear' (bersihkan) semua benda.

"Fitn@h ini banyak kesan. Jadi, saya juga ada hak untuk mempertahankan diri. Takkan nak terus biarkan, selepas sudah lama saya berdiam."

Itulah kata penyanyi, Nubhan Ahamad, 40, di mana dia menitip pesanan buat bekas isteri, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr Fie, 36, agar bersabar dalam mendepani kehidupan mendatang.

Ujar Nubhan, meskipun reda dengan 'perpisahan' yang terjadi antara mereka, namun dia terus tabah demi anak-anak serta urusan penjagaan dipersetujui secara bersama.

Sebelum ini, Nubhan memfailkan permohonan k0mital terhadap bekas isterinya berhubung tiga kenyataan di media sosial yang didakwa berunsur fitn@h dan menj@tuhkan reputasinya sebagai usahawan.

Bagaimanapun, dakwaan berkenaan masih dalam pr0ses mahkamah dan belum diputuskan apabila proses berkenaan ditangguhkan kepada 19 atau 27 Januari 2027.

Pr0siding pertama k£s berkenaan berlangsung pada 5 Mei lalu dan yang kedua berlangsung semalam.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.