Kira-kira jam 11.50 pagi tadi, jenazah pelakon veteran iaitu Kamarool Yusoff, 68, atau lebih dikenali sebagai Cik Man telah pun selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gual, Petai Lima, di sini.
Sebelum dikebumikan, jenazah Allahyarham dimandi serta dikafan dan disolatkan di Masjid Mukim Kuala Paku.
Lebih 500 orang termasuk ahli keluarga, rakan artis dan kenalan hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah.
Antara artis yang turut hadir ialah Amir Raja Lawak, Atu Zero, dan Mamak Puteh.
Klik untuk gambar besar
"Pada malam kelmarin, sekitar jam 10 malam, arwah mengadu s@kit g@strik sebelum tiba-tiba mengalami s£sak nafas.
"Saya kemudiannya membawa arwah mendapatkan rawatan di Hospital Tanah Merah, namun terpaksa ditidurkan berikutan keadaan jantungnya yang lemah.
"Tidak beberapa lama kemudian, arwah menghembuskan nafas terakhir di sisi saya ketika sedang dirawat di Unit Kec£masan Hospital Tanah Merah, petang semalam," jelasnya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Gual Ipoh, di sini, hari ini.
Tuturnya lagi, sepanjang 30 tahun hidup bersama, arwah disifatkan seorang suami yang sangat baik dan tidak pernah berkira, malah sentiasa berusaha sedaya upaya untuk memenuhi apa sahaja keperluan serta kehendaknya.
"Arwah juga seorang yang suka membuat lawak, namun mempunyai pendirian yang t£gas," ujar Norliza yang turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang hadir memberikan penghormatan terakhir termasuk Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud serta isteri yang meluangkan masa menziarahi mereka sekeluarga.
"Malah, kehadiran rakan-rakan pemp£ngaruh dari Kelantan serta penduduk kampung yang mengenali arwah turut memberikan semangat kepada keluarga dalam menghadapi detik sukar itu.
"Arwah seorang yang sangat mesra dengan orang kampung. Ramai yang datang kerana mereka mengenali sikapnya yang mudah didekati dan suka membantu orang.
"Saya juga berterima kasih kepada semua yang hadir memberikan sokongan serta mendoakan arwah," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.