02 November 2011

ANAK ANGKAT IBU FASHA SANDHA DIBUNUH?


Gempar..!

Anak angkat kepada ibu Fasha Sandha dan juga kawan rapat kepada Lena AF9 yang telah dianggap seperti saudara sendiri ditemui mati kemungkinan dibunuh. Fasha dan Lena telah dilihat berada di bilik mayat, Pusat Perubatan UKM, Cheras, Kuala Lumpur semalam bagi melihat jenazah dan mengetahui perkembangan semasa.

Dalam laporan akhbar pada 31 Oktober 2011, polis telah menemui mayat seorang lelaki yang hampir reput dan berbau yang hanya berseluar pendek di tangga tingkat 3 sebuah bangunan rumah kedai.

Ia berikutan laporan yang dibuat oleh penduduk yang terhidu bau busuk di tempat kejadian kira-kira jam 11.30 pagi.

Dan berita terkini yang diterima, mayat tersebut dikenal pasti sebagai Mohamad, 29 tahun dari Semporna , Sabah. Bagaimanapun, punca sebenar kematiannya hanya akan diketahui selepas bedah siasat dilakukan.

Fasha & Lena di biliki mayat - klik untuk imej besar...

Gambar ehsan: ondscene


Difahamkan, perkenalan Lena dengan arwah bermula ketika Lena bersama Akademi Fantasia 9. Arwah dikatakan amat meminati Lena dan menjadi peminat fanatiknya.

“Sepanjang majlis pada malam 26 Oktober lalu serentak dengan sambutan perayaan Deepavali, arwah tidak ceria seperti selalu malah tidak mahu bergambar bersama  kami. Saya sedih dan terkilan kerana tidak memenuhi permintaannya yang mahu saya memakai baju kurung putih yang dibelikan khusus untuk saya.

“Arwah terus hilang dan gagal dihubungi, kami hanya tahu mengenai keadaannya selepas membaca laporan akhbar dan menonton televisyen yang menyiarkan berita penemuan satu mayat di Ampang, semalam (kelmarin)," ujar Lena dipetik sebagai berkata.


Gambar ehsan: ondscene

“Arwah anak angkat mama selepas mama menjadi salah seorang pelanggan barangan jenama Coway yang dibeli daripada arwah yang juga ejen jualan barangan itu. Saya tidak menyangka arwah pergi dalam keadaan seperti ini dan berdoa agar ditempatkan di kalangan orang beriman," ujar Fasha pula dengan nada sedih.

No comments: