23 November 2011

JUSTIN BIEBER & SELENA 'BERLAKON' DI AMAs 2011?


Pastinya ramai peminat wanita Justin Bieber makan hati apabila penyanyi itu berpelukan dengan kekasihnya ketika menghadiri acara American Music Awards (AMAs) 2011. Malah kedua-duanya dilihat amat mesra sepanjang majlis tersebut berlangsung seolah-olah 'belangkas' layaknya.

Selena sememangnya kelihatan anggun apabila mengenakan gaun satin panjang berwarna silver dengan belahan dada rendah. Sementara Justin mengenakan suit hitam dengan kemeja putih dan tali leher kupu-kupu.

Klik untuk imej besar...



Tidak seperti biasa, Justin memilih mengemas rambutnya dengan jel dan belahan tepi. Kedua-duanya memberikan senyuman manis di karpet merah. Justin dilihat merangkul pinggul Selena sepanjang masa.

Penyanyi lagu hits 'Mistletoe' itu juga sempat memberi kucupan di pipi kekasihnya. Bahkan ketika kekasih mempunyai masalah dengan gaunnya, Justin membantu Selena memegang bahagian bawah gaun tersebut. Amboii... romantiknya!

Ketika duduk menyaksikan persembahan yang diadakan di Nokia Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat, Justin terus memeluk Selena. Malah gadis berambut panjang itu turut sama memberikan perhatiannya dengan menyandarkan kepalanya ke bahu Justin.

Bukan itu sahaja, malah ketika mereka berbincang dengan Taylor Swift, Justin juga tidak melepaskan pelukannya pada tubuh Selena.

Kesimpulannya, mungkinkah Justin dan Selena hanya berlakon mesra di majlis tersebut untuk menutup semua permasalahan mereka? Maklumlah, artis barat ni nampak sahaja bahagia, tetapi kemungkinan sebaliknya ada racun yang berbisa. Bak kata pepatah, dalam laut boleh diduga, dalam hati siapa tahu?













Photo: Getty Images

No comments: