"Berehat seketika daripada posting Raya untuk memberi ruang kepada si kecil yang sangat dinantikan kehadirannya tahun ini. Alhamdulillah, saya baru sahaja melepasi trimester pertama. Mohon doakan untuk si kecil dalam kandungan saya.
"Abah, kakak dan mommy sangat teruja untuk bertemu denganmu, baby HN ✨🤍," itulah tulis anak kepada bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, iaitu Nina Sabrina Ismail Sabri menerusi media sosial dimana dia berkongsi berita gembira mengenai kehamilannya.
Dalam perkongsian itu, Nina yang mendirikan rumah tangga dengan Hafiz Osman pada November tahun lalu, mengumumkan dia bakal menimang cahaya mata pertama hasil perkahwinan mereka, selain meluahkan rasa syukur dan memohon doa agar segala urusan kehamilannya dipermudahkan.
Klik untuk gambar besar
Untuk makluman, Nina sebelum ini pernah berkahwin dengan pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie pada 11 Disember 2013 sebelum berpisah pada Ogos 2022 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie, yang kini berusia tujuh tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment