"Anak-anak saya tiada memori untuk dikenangkan bersama bapa mereka. Ketika saya dan bekas suami bercerai, Rayyan baru berusia dua tahun dan Arjana pula ketika itu berusia lapan bulan.
"Mereka tidak merasai kasih sayang bapa sejak kecil. Sama juga seperti saya dulu yang tiada kenangan bersama bapa ketika kecil sebab ibu bapa berpisah. Tapi, raya tetap raya dan raikan saja.
"Setiap tahun, memang kami bertiga beraya di kampung saya di Perlis bersama adik-beradik dan saudara-mara yang sambutannya sangat meriah apabila semua sudah berkumpul."
Itulah ujar pelakon Rita Rudaini, 39, dimana dia menyifatkan kemeriahan sambutan Aidilfitri dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 16, dan Airit Qaqa Arjuna, 14, tidak pernah dirasakan suram walaupun tanpa kehadiran bapa mereka di sisi.
Klik untuk gambar besar
Selain itu, Rita menjelaskan, anak-anaknya juga sudah lali dengan pertanyaan netizen mengenai bapa mereka sekiranya mereka muncul membuat siaran langsung di media sosial.
"Apapun, setakat ini saya dapati Rayyan dan Arjuna okay saja dengan soalan-soalan netizen. Malah, saya juga tak pernah nampak mereka c£mburu melihat keluarga orang lain yang sempurna.
"Mereka sudah 'immune' (kebal) hidup tanpa bapa. Apa yang penting bagi mereka adalah saya kena ada bersama selalu. Itu sudah cukup untuk kami bertiga rasa bahagia dan gembira," tuturnya.
Dalam pada itu, Rita berkata, walaupun tidak lama bercuti raya di kampung, namun apa yang penting baginya adalah suasana menyambut Aidilfitri dimana ia amat meriah.
Malah tambahnya lagi, dia bersama abangnya menggalas tanggungjawab memasak juadah istimewa.
Untuk makluman, Rita mendirikan rumah tangga dengan Mohd Aidil Zafuan pada 2008, namun bercerai pada 5 September 2013.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment