Pelakon Ben Amir yang kini berpindah ke Pulau Siargao, Filipina ini mengakui hati sudah dimiliki oleh seorang wanita berasal dari negara itu.
Jelas Ben, belum ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat kerana dia dan wanita tersebut masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing.
"Ya betul, wanita tu orang Filipina. Saya dengan dia dah berkenalan selama dua tahun dan masih dalam fasa mengenali hati budi. Untuk khabar gembira saya tak tahu lagi, itu semua kena tunggu.
Klik untuk gambar besar
"Dia bukanlah punca saya berpindah ke Filipina. Sebenarnya saya pun memang dah lama merancang untuk berpindah ke Pulau Siargao, Filipina.
"Bukan kerana seseorang tetapi saya ingin mencari kehidupan baru. Sebagai seorang lelaki juga, kita perlu meningkatkan diri dari segi kerjaya dan ment@l," ujarnya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ben berkongsi, dia dalam proses membuka sebuah restoran serta mengusahakan sebuah vila di pulau tersebut dan melihat ianya cab@ran untuk membina kerjaya baru.
"Restoran dan vila tu mungkin akan siap pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan," tutur Ben atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Sabaruddin.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment