"Apabila orang tanya ada berita gembira, jadi saya jawab, buat masa sekarang belum ada dan tak tahu bila. Seperti kita sedia maklum, bekas suami kini sedang dibel£nggu dengan krisis kewangan. Jadi, saya mahu biarkan dia selesaikan mas@lahnya terlebih dahulu, doakan semoga dia dapat selesaikan semuanya."
Demikian ujar penyanyi Adira Suhaimi dimana katanya, ramai orang salah faham ketika mengulas dia seolah-olah membuat 'u-turn', sedangkan sebelum ini memberi harapan mahu rujuk kembali dengan bekas suaminya, Datuk Adnan Abu atau Datuk Red.
Sebelum ini, bekas suami Adira pernah mencadang mahu memujuk penyanyi 'Ombak Rindu" itu kembali ke pangkuannya selepas bercerai, tahun lalu.
Malah reaksi Adira seakan-akan bersetuju dengan lamaran bekas suaminya itu apatah lagi, perceraian berlaku secara baik.
Namun, jelas Adira, dia belum ada berita gembira untuk dikongsikan dalam satu majlis, baru-baru ini, sekali gus menimbulkan kekeliruan apakah pendirian ibu beranak empat itu.
Mengulas seolah-olah membuat 'u-turn', sedangkan sebelum ini memberi harapan mahu rujuk kembali dengan Datuk Red, Adira berkata, ramai orang salah faham.
"Apabila orang tanya ada berita gembira, jadi saya jawab, buat masa sekarang belum ada dan tak tahu bila. Seperti kita sedia maklum, bekas suami kini sedang dibel£nggu dengan krisqqs kewangan. Jadi, saya mahu biarkan dia selesaikan masalahnya terlebih dahulu, doakan semoga dia dapat selesaikan semuanya," katanya.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Adira turut menafikan dakwaan dia sudah memberi masa mencukupi, namun tidak nampak perubahan, Adira menafikannya.
"Tidak, bukan sebab itu. Datuk Red ada tanggungjawab yang perlu diselesaikan, jadi saya beri masa buatnya. Alhamdulillah, hubungan kami masih okay. Sebenarnya, saya tidak meletakkan apa-apa kriteria atau syarat untuk kembali ke pangkuannya.
"Sekarang, saya tak berani cakap lebih-lebih, tapi jujurnya, saya selesa dengan kehidupan solo," kata Adira, dimana dia hanya nak jaga hubungan baik bersama bekas suami, selain turut berharap, hubungan kekal baik jika ditakdirkan tidak bersatu semula.
"Kami ada anak-anak yang perlu diberikan perhatian, jadi saya sangat pentingkan hubungan baik ini," tuturnya yang dalam masa sama juga menyangkal g0sip melengahkan hasrat kembali rujuk disebabkan sudah mempunyai seseorang yang istimewa.
"Susah nak cakap, mungkin buat masa ini, belum terbuka hati lagi. Setakat ini, saya tak pernah sunyi atau ada rasa kekurangan kerana mungkin sistem sokongan kuat. Setakat ini, memang tiada sesiapa mendekati saya.
"Mungkin kerana saya juga tidak membuka ruang. Benda ini senang sahaja, kalau tak melayan maka takkan menjadi. Jika ada yang nak mendekati, syarat saya perlulah terima anak-anak terlebih dahulu. Kemudiannya, barulah saya pertimbangkan," jelasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment