Pelakon Hannah Delisha baru-baru telah menjadi perhatian ramai apabila memuat naik perkongsian dimana dia melakukan trend 'Kim Seon-Ho Smile' di media sosial.
Video yang dikongsikan Hannah itu mendapat lebih 3 juta tontonan dan 300,000 tanda suka selepas ianya dimuat naik empat hari lalu.
Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata netizen terpegun dengan kecantikan Hannah, malah ada juga yang cair melihat senyuman pelakon itu.
Disamping itu, ada segelintir netizen menyifatkan Hannah tetap cantik, meskipun berpakaian santai sahaja serta ada yang memuji pelakon itu menjaga aurat apabila dilihat mengenakan stokin.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment