"Dia (Nor Hidayah) mendakwa kononnya saya dah banyak kali menyebut perkataan talak atau cerai. Tapi, saya sebenarnya hanya nak 'educate' (mendidik) dia macam mana cerai boleh berlaku.
"Saya ada katakan padanya, awak mahu saya lepaskan awak atau ceraikan awak, selagi awak gembira, dan perkataan itu disal@h tafsir. Dia menganggap perkataan sebegitu adalah talak.
"Saya juga bertanya pada mahkamah dan dimaklumkan perkataan talak kena dilafazkan dalam keadaan waras dengan sebutan yang betul seperti di mahkamah hari ini.
"Bila tak cukup ilmu pengetahuan dan apabila bert£ngkar, dialog sebegitu akan keluar dalam keadaan mar@h tapi jujurnya saya memang tiada niat pun nak bercerai."
Demikian ujar pelakon Edika Yusof, 58, mengenai kenyataan bekas isterinya, Nor Hidayah Yusri, 47, yang memberitahu depan hakim ketika dalam mahkamah, punca perceraian ini difailkannya disebabkan hukum.
Dalam pada itu, Edika turut tampil menafikan dakwaan punca perceraiannya dengan Nor Hidayah hari ini disebabkan perbuatan kegan@san rumah tangga dilakukannya ke atas wanita itu.
Kata Edika, selama 22 tahun mereka hidup bersama, dia sudah berusaha sebaik mungkin menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa kepada Nor Hidayah dan dua anak mereka.
"Tidak ada kena-mengena dengan keganasan (punca cerai). Kalau kegan@san, dia ada tiga abang besar, tiga adik lelaki, enam orang dan anak-anak pun dah besar.
"Jadi, kalau berlaku kegan@san dalam rumah tangga, kenapa bukan dari dulu buat 'report', kenapa sekarang baru buat?" tuturnya.
Disamping itu, Edika berkata, walaupun reda dengan perceraiannya bersama bekas isteri, namun dia masih berhasrat mahu rujuk dalam tempoh iddah.
Berhubung itu, Edika enggan berputus asa untuk menjalin semula ikatan rumah tangganya yang terlerai itu kerana macam-macam boleh terjadi dalam tempoh berkenaan yang dianggap masa bertenang buat Nor Hidayah.
"Apapun, ia tetap bergantung kepada kemahuan bekas isteri untuk kita rujuk, namun apa yang penting saya berharap kita boleh terus mempunyai hubungan yang baik demi anak-anak.
"Siapa suka dengan perceraian, tapi sudah dua kali dia failkan. Jadi, saya nampak sangat kesungguhan dia mahu berpisah dan mahkamah juga membenarkan kami bercerai dengan talak satu.
"Mana tahu kalau ada usaha dan takdir. Mungkin kami boleh rujuk balik. Cuma, saya tidak akan pernah 'give up' untuk menyelamatkan rumah tangga saya semula," jelasnya.
Menurutnya lagi, dia juga selalu mengirim mesej di WhatsApp untuk bertanya khabar kepada Nor Hidayah, tetapi wanita itu seolah-olah menjauhkan diri.
"Jadi, saya cuba sebagai seorang sahabat walaupun dia sudah tiada kasih sayang lagi terhadap saya," katanya selepas mahkamah membenarkan lafaz cerai itu dibuat di sini, pagi ini.
Sebelum ini, Edika dan Nor Hidayah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini pada jam 10.42 pagi di hadapan Hakim Syarie, Syed Muhammad Syahadi Syed Siksh.
Nor Hidayah memfailkan perceraian terhadap Edika pada Februari lalu adalah kali kedua selepas pernah bertindak demikian pada tahun lalu.
Sebutan permohonan itu bagaimanapun berlangsung pada 23 April lalu, namun Edika tidak dapat melafakan talak terhadap Nor Hidayah kerana wanita itu dalam keadaan tidak suci.
Untuk makluman, Edika dan Nor Hidayah mendirikan rumah tangga pada 2003 dan selama lebih dua dekad itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata Nazirul Afiq, Fardeen Nasrulhaq, 21, dan Fereena Nurulhaq, 20.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment