16 June 2025

DAKWAAN TERLALU MESRA DENGAN NINE - ELLIZA RAZAK TAMPIL JAWAB : "KAMI MENJAGA BATAS & SEDAR MASIH ISLAM, TAK NAK BUAT D0SA DAH TUA-TUA INI"



"Kami bukan suami dan isteri. Kami buat pernigaan bersama sebab itu orang nampak hampir setiap hari kami berjumpa."

Demikian jelas penyanyi Elliza Razak, 41, yang tampil menjawab dakwaan keakraban dia bersama bekas anggota kumpulan Phyne Ballerz iaitu Nine dimana ia sering kali menimbulkan sal@h faham sehingga ada yang mendakwa mereka menjalinkan hubungan istimewa.

Elliza yang berkongsi perkara itu menerusi media sosial berkata, hubungannya bersama Nine atau nama sebenarnya, Mior Zulkarnain Mohd Zamhuri, adalah atas dasar profesional kerana mereka menjalankan pernigaan bersama.

Malah, tutur Elliza lagi, mereka juga sentiasa menjaga batas dalam hubungan, selain memaklumkan, kemunculan mereka bersama ketika sesi siaran langsung di media sosial itu turut ditemai ahli keluarga lain.

Klik untuk gambar besar

"Buat live di luar rumah Abang Nine yang mana ada keluarga dia dalam rumah itu. Kami menjaga batas dan sedar masih Islam. Tak nak buat d0sa dah tua-tua ini. D0sa lampau banyak, tak tahu Allah sudah ampunkan atau belum," ujarnya.

Dalam pada itu, Elliza juga berharap orang ramai tidak sal@h sangka dengan kemesraan mereka yang kadang-kala menggunakan bakat menyanyi sebagai hiburan untuk penonton.

Disamping itu, bagi memudahkan urusan perniagaan bersama, Elliza berkata, dia dan Nine sudah berjanji untuk saling menyokong antara satu sama lain.

"Kami buat live mencari rezeki bersama, nak bagi lagi ramai nampak pr0duk baru kami. Kami berdua janji nak sokong antara satu sama lain seikhlasnya. Semua sibuk nak k0mplain sana sini dan mengata," luahnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: