"Saya kec£wa dan menangis sebab tak sangka kena t1pu macam ni, sebenarnya kami (Cat dan isteri, Shikin Maembong) ni merupakan muka depan saja tapi disebabkan pelbagai mas@lah berlaku jadi kami terpaksa ambil alih festival tersebut
"Kami urus sendiri tapi ada seorang pengurus ni uruskan segala urusan bab duit dan aturcara tapi bila festival pertama di Ipoh berjaya jadi saya tanya mengenai keuntungan tapi dia (individu) tu minta bersabar.
"Tapi bila festival kedua di Taiping, kemudiannya dia melarikan diri dan duit keuntungan malah hanya dapat RM7,000 saja sewaktu di Ipoh yang sepatutnya banyak... dia larikan diri dan tutup hut@ng sewaktu di Ipoh jadi ini sal@h kami juga sebab terlalu percayakan orang."
Demikian ujar penyanyi Cat Farish yang mendedahkan dia dan isteri iaitu Shikin Maembong menjadi m@ngsa pen1puan oleh seorang pengurus acara sewaktu bekerjasama menganjurkan Festival Da Bomb di Ipoh, Perak pada Januari lalu.
Cat yang kec£wa dengan perkara itu, berkata, dia terkejut dan tidak menyangka individu berkenaan tidak bertanggungjawab dengan melarikan diri serta men1pu hasil keuntungan festival berkenaan.
Disebabkan itu, Cat atau nama sebenarnya, Farish Ramli, 50, memberitahu, dia terpaksa meminjam untuk meneruskan festival jualan berkenaan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment