Berikutan disahkan kehamilan ekt0pik atau kehamilan luar rahim buat kali kedua, isteri kepada pelawak Jep Sepahtu iaitu pelakon Sari Yanti telah menjalani pemb£dahan.
Sari berkongsi perkara itu menerusi media sosial, dimana dia difahamkan sedang menjalani rawatan di hospital serta memohon doa agar dipermudahkan segala urusan.
"Pembedahan kehamilan ektopik saya buat kali yang kedua. Alhamdulillah ala kulli hal. Tolong doakan semuanya berjalan lancar ya dan semoga Sari Yanti cepat sembuh. Terima kasih semua," tulisnya.
Klik untuk gambar besar
Untuk makluman, Sari mendirikan rumah tangga dengan Jep pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment