13 June 2025

JARANG NYANYI LAGU MELAYU - SHILA AMZAH AKUI TERBIT RASA RINDU, IMPI KONSERT BERSKALA BESAR BUAT PEMINAT TEMPATAN



"Bukan saya tidak suka di mana saya berada sekarang (penerimaan peminat Cina), tetapi sebagai penyanyi dan penggubah lagu kita ada jati diri sebagai anak Malaysia. Cuma malam ini (baru-baru ini), saya dapat menyanyikannya di hadapan peminat sehingga mula terbit perasaan rindu itu.

Demikian ujar penyanyi Shila Amzah apabila rasa rindunya untuk menyanyikan lagu bahasa Melayu terubat selepas dijemput untuk membuat persembahan dalam satu acara baru-baru ini.

Jelas Shila, dia yang lebih 10 tahun mencipta nama di China itu sering menerima tawaran untuk membawakan lagu dalam bahasa Mandarin dan berhubung itu, dia menyimpan hasrat untuk menghiburkan peminatnya dengan mendendangkan lagu-lagu yang pernah dipopularkannya antaranya 'Patah Seribu' dan 'Memori Tercipta'.

Bagaimanapun, tutur ibu kepada dua cahaya mata itu, kebanyakan penganjur menawarkan dirinya untuk melakukan konsert untuk menampilkan lagu-lagu dalam bahasa Mandarin kerana kebanyakan peminatnya berbangsa Cina.

"Saya boleh katakan, 80 hingga 90 peratus lagu yang perlu saya nyanyikan adalah dalam bahasa Mandarin. Kebanyakan peminat saya sekarang adalah berbangsa Cina. Ini disebabkan karier saya yang sudah memasuki tahun yang ke-10 di China.

"Namun jauh di sudut hati, karier saya bermula dengan lagu-lagu berbahasa Melayu. Jadi, saya mahukan sebuah konsert yang dapat menarik peminat lagu Melayu," katanya yang pernah menjuarai program Asian Wave yang dianjurkan di Shanghai, China pada 2012.

Klik untuk gambar besar

Akui Shila, dia merindui peluang untuk menyanyikan lagu-lagu Melayu di pentas persembahan berskala besar, walaupun kumpulan peminat utamanya kini terdiri daripada kaum Cina.

Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, 35, berkata, dia kini sudah mula merindui untuk menghiburkan peminat di sini menerusi lagu-lagu berbahasa Melayu.

Menurutnya lagi, walaupun dalam lima hingga enam konsert terakhirnya dia hanya mempersembahkan dua hingga tiga lagu Melayu, dia tetap menyimpan keinginan untuk kembali meraikan karya-karya awalnya yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan peminat berbahasa Melayu.

"Saya rindu untuk menyanyikan lagu-lagu Melayu. Saya tetap merindui peminat-peminat Melayu. Tambahan pula, album baharu saya yang akan datang ini, sepenuhnya dalam bahasa Melayu. Jadi saya anggap ini sebagai permulaan semula atau mungkin proses untuk menemukan semula diri saya dalam bidang seni," ulasnya.

Walaupun ramai peminat Melayu hari ini fasih berbahasa Mandarin dan menyokong perjalanan seninya, Shila masih berharap dapat mengadakan sebuah konsert yang memfokuskan lagu-lagu Melayu sepenuhnya, khusus buat peminat setia yang membesar bersama lagu-lagunya seperti 'Memori Tercipta', 'Yang Teristimewa' dan 'Deja Vu'.
"Peminat saya, walaupun bukan berbangsa Cina, ramai juga yang boleh faham atau bertutur dalam Mandarin. Mereka sangat terbuka. Tapi setakat ini belum ada lagi promoter yang benar-benar datang dengan niat nak buat konsert khas lagu-lagu Melayu.

"Sedangkan ramai peminat saya yang lama, terutama di Malaysia, masih berharap dapat mendengar semula lagu-lagu awal saya secara langsung," katanya yang tidak menolak konsert berbahasa Mandarin, malah menghargai semua peluang yang pernah diberikan.

"Saya okey sahaja dengan konsert Mandarin. Tapi saya juga cadangkan kalau dapat buat dua (segmen), satu Melayu dan satu Mandarin. Saya rasa itu lebih adil. Saya tetap bersyukur di mana saya berada sekarang, cuma sebagai anak seni dari Malaysia, sudah tentu ada semangat jati diri," ujarnya.

Dalam pada itu, Shila turut menyatakan kek£salan apabila sering kali diundang membuat persembahan di acara korp0rat atau majlis makan malam, tetapi tidak diberi ruang untuk mempersembahkan lagu Melayu.

"S£rius saya cakap, jarang sangat saya diberi peluang untuk menyanyi lagu Melayu di pentas-pentas rasmi. Jadi bila ada peluang seperti hari ini (baru-baru ini), dapat menyanyi lagu Melayu secara langsung di khalayak ramai, saya rasa sangat lega. Rindu itu memang wujud," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: