"Ada orang kata saya adalah individu itu dengan memaklumkan drama yang saya pernah berlakon. Selain, saya juga dikaitkan kini berusia 27 tahun dan tarikh lahir pun hampir sama (dengan individu terbabit) kerana kami memang sebaya.
"Tapi, sejujurnya memang saya tak tahu apa-apa dan itu bukan saya pun. Bukanlah saya nak elak diri daripada beri sebarang kenyataan, tapi saya sangat sibuk dengan kerja. Saya baru balik dari Sabah, Kuching Sarawak dan jadual hujung minggu saya memang padat.
"Termasuk, saya juga sibuk dengan aktiviti bersama emak saya untuk masak-masak, beli barang dapur sebab dah nak raya haji lagi. Cuma, saya memang boleh agaklah nama akan dipetik juga."
Itulah ujar penyanyi dan pelakon, Afieq Shazwan, 27, dimana dia turut terkena t£mpias apabila namanya dikaitkan sebagai individu selebriti yang melakukan k£s am@ng s£ksual ke atas remaja perempuan berusia 17 tahun.
Berhubung itu, Afieq atau nama sebenarnya, Mohammad Shafieq Shazwan Zamros, berkata, dia bagaimanapun tenang saja, meskipun menerima banyak panggilan telefon serta kiriman mesej daripada pihak media serta kenalan yang ingin tahu mengenai perkara itu.
Jelas pelakon drama ''Ramp@s Cintaku' itu lagi, dia enggan komen apa-apa sebelum ini sebab bimb@ng akan menggur1s mana-mana pihak dan menjaga hati rakan artis lain.
Dalam pada itu, Afieq akui dia sangat terk£jut dengan nama selebriti dikaitkan k£s berkenaan, tetapi enggan terlalu memikirkannya kerana tidak mahu j@tuh fitn@h.
"Saya tak nak benda ini (dakwaan am@ng s£ksual) jadi fitn@h. Cuma apa yang saya baca (komen), saya faham saja kenapa orang tuding jari itu, mungkin cuba berteka-teki," kata penyanyi 'Lelaki Di Telefon' ini.
Disamping itu, Afieq dalam masa sama mahu mengingatkan kepada semua selebriti agar sebagai 'public figure' kalau boleh pandai-pandai jaga diri sebaik mungkin.
"Saya kalau boleh untuk rakan-rakan artis yang lain, kita cubalah menjaga diri sebaik mungkin untuk perjalanan karier kita, pada masa sama untuk menjaga nama kita sebagai ikon remaja.
"Ramai orang yang meminati hasil karya kita, lagu-lagu kita, drama kita dan demi menjaga nama baik itu kalau boleh jaga diri sebaik mungkin. Tak naklah perkara sebegini (am@ng s£ksual) berlaku sebab t@kut jadi lebih burvk," ujarnya.
Sebelum ini, ada pemberita melaporkan seorang pelakon dan penyanyi lelaki terkenal ditah@n polis selepas didakwa melakukan am@ng s£ksual ke atas remaja perempuan di sebuah hotel di Selangor.
M@ngsa berusia 17 tahun itu dikatakan berkenalan dengan artis terbabit di sebuah kafe tempatnya bekerja dan selepas beberapa kali pertemuan susp£k kemudian membawa m@ngsa bertemu di sebuah hotel.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian S£ksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Sias@tan Jen@yah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan turut mengesahkan perkara itu.
K£s disias@t mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesal@han-kesal@han S£ksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792).
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment