01 June 2025

"MENGALIR AIR MATA SAYA KERANA AMAT BERSYUKUR AKHIRNYA DAPAT TUNAIKAN HAJI" - AMIR UK'S BERANGKAT KE MAKKAH BERSAMA ISTERI HARI INI



Selepas penantian untuk menunaikan ibadah haji menjadi kenyataan sebagaimana diimpikan selama ini, penyanyi lagu 'Di Sana Menanti Di Sini Menunggu' iaitu Amir UK's meluahkan rasa syukur.
Namun apa yang lebih menggembirakan, Amir atau nama sebenarnya Muhammad Azmir Muhammad Yusof, 56, akan berangkat ke Tanah Suci Makkah bersama isterinya, Sarimah Ahmad, 51, pada hari ini.

Kongsi Amir lagi, dia dan isterinya 'terbang' ke Makkah untuk melaksanakan rukun Islam kelima itu bersama 77 jemaah lain, selain turut memohon agar peminat dapat mendoakan perjalanannya pergi dan balik menunaikan haji dipermudahkan.

"Saya dan 77 jemaah lain bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada hari ini menaiki penerbangan hingga ke Jeddah memohon agar peminat dan rakan-rakan dapat memaafkan saya jika ada kesil@pan yang disedari atau tidak.

"Insya-Allah saya akan berada di Makkah selama 30 hari dengan berharap segala persiapan sudah dibuat akan berjalan lancar, termasuk segala ibadah saya di sana nanti.

"Sejujurnya saya tidak menyangka dalam ramai jemaah yang memohon, nama saya dan isteri turut tersenarai untuk mengerjakan haji pada tahun ini selepas lama menanti.

"Jika ditanya perasaan, suk@r untuk saya ungkapkan dengan kata-kata kerana terlalu teruja dan bagaikan bermimpi. Mengalir air mata saya kerana amat bersyukur akhirnya dapat juga tawaran menunaikan haji.

"Lebih menggembirakan lagi, tawaran buat haji ini ditaja oleh sebuah syarikat yang tidak boleh saya dedahkan. Maknanya, saya tidak keluarkan kewangan sendiri untuk ke Makkah dan ini memang betul-betul rezeki buat saya dan isteri," katanya.

Disamping itu, Amir yang sudah lebih 30 tahun aktif dalam industri hiburan dengan menghasilkan enam album dan juga lebih 60 lagu itu berkata, dia dan semua ahli keluarga bersyukur kerana doa dititip selama ini dimakbulkan oleh Allah dengan penuh sabar sebelum dijemput menjadi 'tetamu' tahun ini kerana ia bukanlah peluang yang mudah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: