Semua sedia maklum mengenai penyanyi legenda tanah air, Amir UK's, 56, dimana dia merupakan antara 82 bakal jemaah haji yang terpaksa melupakan hasrat mengerjakan ibadah haji di Makkah apabila didakwa dit1pu pihak tidak bertanggungjawab dan terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, kelmarin.
Kata penyanyi lagu 'Di Sana Menanti Di Sini Menunggu' itu, dia dan isteri iaitu Sarimah Ahmad, 51, mendapat tawaran terrsebut daripada rakan sekerja isterinya yang mendakwa semua kos akan ditaja sepenuhnya oleh pihak berkenaan dimana didakwa sebagai hartawan yang enggan dikenali, pada 9 April lalu.
Jelasnya lagi, semua urusan berkaitan perkara itu diuruskan oleh rakan isterinya yang turut menjadi m@ngsa dan bukan ej£n pihak berkenaan dan mereka juga dimasukkan dalam satu kumpulan WhatsApp 'Tetamu Allah Haji Akbar 2025'.
"Walaupun semua kos ditanggung sepenuhnya, namun saya tetap berasa sedih dan kecewa kerana perancangan menunaikan ibadah haji lebur begitu saja apabila 'tawaran' diberikan tiada sehingga kini.
"Kami teruja dan setuju terima tawaran sebab ia peluang sukar diperoleh. Segala maklumat kami terima melalui satu kumpulan WhatsApp itu, namun pihak agensi pelancongan terkenal yang didakwa menguruskan perkara itu tiada dalam kumpulan berkenaan.
"Kami menjalani kursus haji di Ampang pada 24 Mei lalu dan surat tawaran yang mempunyai kepala surat agensi itu diterima atas nama kami pada 27 Mei. Kami juga dijanjikan visa mujamalah.
"Kami dijadualkan berlepas ke Tanah Suci pada 5 petang, Ahad lalu (1 Jun), malah semua urusan termasuk mengambil sunt1kan (vaks1n) dan perkara lain yang menelan kos hampir RM4,000 dibayar sendiri kerana pihak berkenaan mendakwa akan dibayar semula.
"Malah, duit belanja juga akan diberikan," tutur Amir pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA, di sini, semalam, dimana dia turut memberitahu, mereka tidak menyedari pengumuman yang dibuat dalam kumpulan WhatsApp berkenaan yang memberitahu penerbangan mereka tiada pada Ahad lalu.
"Ketika itu, saya dan isteri sudah berada di KLIA dan selepas tahu penerbangan tiada, kami bermalam di hotel di Sepang. Keesokannya, kami dimaklumkan penerbangan akan berlepas pada 5 pagi, semalam, menjadikan saya yakin kami akan berlepas juga ke Tanah Suci.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, ujar Amir, biarpun sudah menunggu lama sejak malam, namun sehingga hampir waktu penerbangan dijadualkan berlepas, pihak berkenaan yang mahu membawa visa dan pasport masih belum tiba.
Tambahnya lagi, biarpun rakan yang menguruskan perkara itu tetap menyakinkan mereka akan berlepas ke Tanah Suci, namun dia pada ketika itu berasa tidak sedap hati sebelum menyedari mereka mungkin menjadi m@ngsa pen1puan.
"Saya percaya tawaran itu kerana mempunyai surat daripada pihak ag£nsi pelancongan itu dan sebagai orang yang ditaja, saya percaya dengan semua urusan diuruskan pihak berkenaan sebab semua itu adalah percuma.
"Saya juga tidak tahu mengenai ag£nsi itu dan siapa dal@ngnya. Saya sudah membuat laporan polis dan selepas itu pihak terbabit memberitahu pasport kami sudah boleh diambil di sebuah rumah di Setia Alam," ujarnya yang berharap orang ramai akan lebih berhati-hati terhadap sebarang tawaran selepas ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizme Affendy Sulaiman mengesahkan pihaknya menerima tujuh laporan berhubung k£s berkenaan yang dibuat oleh beberapa jemaah haji yang terkandas.
"Saya sahkan ada menerima laporan berkenaan dan sias@tan dibuat mengikut Seksyen 420/511 Kanun Kes£ksaan," jelasnya.
Semalam, media melaporkan, kira-kira 80 bakal jemaah haji yang dijadualkan berlepas ke Tanah Suci terpaksa membatalkan niat murni itu apabila mereka dilaporkan ditah@n di KLIA.
Terdahulu, Amir meluahkan rasa syukur selepas penantiannya untuk menunaikan ibadah haji menjadi kenyataan dan lebih menggembirakan penyanyi itu akan berangkat ke Tanah Suci bersama isterinya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment