"Saya sangat gembira hari ini (semalam). Terima kasih buat seluruh keluarga di Singapura yang hadir memeriahkan majlis kesyukuran Lyla Mulan Teh.
"Walaupun persiapan dilakukan saat akhir kerana banyak tempat penuh ditempah, Alhamdulillah semuanya dipermudahkan."
Itulah kata pelakon Datin Atikah Suhaime, dimana dia dan suaminya, usahawan Datuk Lokman Teh baru-baru ini mengadakan majlis kesyukuran cahaya mata sulung mereka, Lyla Mulan Teh.
Klik untuk gambar besar
Dalam majlis tersebut, Atikah atau nama sebenarnya, Nur Atikah Mohd. Suhaime, 34, tampil anggun berhijab dan mengenakan busana rona hijau, manakala puteri kesayangannya pula kelihatan persis anak patung dengan gaun putih yang digayakan.
Momen manis sepanjang majlis itu dikongsikan Atikah menerusi media sosial untuk tontonan peminat yang rata-rata terpukau dengan penampilan ibu dan anak ini.
"Anak comel, ibu pun cantik. Macam tengok majlis baby puteri raja."
"Lyla Mulan sangat tenang wajahnya. Sejuk mata memandang, comel macam anak patung."
"Daripada mata sampai ke pipi, gabungan wajah ibu dan bapanya. Cantik berseri," antara komen-komen netizen.
Untuk makluman, Atikah mendirikan rumah tangga dengan Ketua Pegawai Eksekutif jenama kecantikan Zaitun, Datuk Lokman Teh pada 21 Januari 2024.
Hasil perkahwinan itu, pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Lyla Mulan Teh pada 8 Mac lepas.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment