"Tanah ini lebih kurang seluas satu ekar setengah dan saya akan guna sepenuhnya. Kos untuk membina madrasah termasuk penempatan ustaz, pelajar dan tempat orang datang mengaji sekitar RM500,000.
"Sekarang ini saya biayai sendiri tempat pembinaan itu tetapi Insya-Allah nanti saya akan buka kepada sesiapa yang ingin turut serta (menyumbang). Apabila saya uar-uarkan mahu buka madrasah ramai yang mesej berminat untuk turut serta."
Itulah jelas pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad, dimana dia mendedahkan kos pembinaan semula rumah pusaka keluarganya mencecah hampir RM500,000 dan dia sedia menerima sumbangan orang ramai yang mahu bekerjasama untuk projek berkenaan.
Nabil yang sebelum ini meluahkan hasrat mahu menjadikan rumah pusaka keluarganya sebagai madrasah, berkata, tindakannya itu bagi memenuhi permintaan ibunya, Rohaizah Abdul Latiff yang mahu mencari ganjaran pahala berterusan serta bekalan di akhirat kelak.
"Ibu saya sering tanya mengenai madrasah sebab sekarang sudah lapan tahun dia menjalani rawatan dialisis. Dia juga risau sebab sudah tua jadi dia mahu buat bekalan untuk akhirat. Saya tengah cuba secepat mungkin untuk memulakan pembinaan madrasah ini.
"Impian saya kalau boleh mahu ibu lihat sendiri proses pembinaan. Jika umur dia panjang, saya nak dia tengok sampai madrasah itu didiami pelajar dan siap sepenuhnya," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment