13 July 2025

BUAT MAJLIS DOA SELAMAT - 4U2C HARGAI PERMOHONAN MAAF AJAI, MAHU JERNIHKAN ISU HAK CIPTA LAGU



"Kami tidak pernah berniat untuk berg@duh. Lagipun, dua lagu ciptaan Ajai akan dinyanyikan dalam konsert kami nanti. Jadi, bila Ajai tampil memohon maaf, kami berterima kasih dan langsung tidak menyimpan sebarang rasa.

"Kami hanya mahu menjelaskan perkara sebenar kepada umum. Ramai yang mendoakan perkara tidak baik dan timbul pelbagai fitn@h serta sal@h faham. Jadi apabila Ajai mengambil langkah tersebut (memohon maaf) kami amat menghargainya."

Demikian kata ketua kumpulan 4U2C, Datuk AC Mizal, 54, dimana dia menzahirkan penghargaan kepada komposer, Ajai selepas dia secara terbuka memohon maaf dan menjernihkan sal@h faham berkaitan isu hak cipta lagu yang tular sebelum ini.

Ujar AC atau nama sebenarnya, Mizal Zaini, mereka hanya ingin meleraikan kek£liruan agar masyarakat memahami situasi sebenar daripada sudut perundangan.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, ditanya mengenai tentang majlis doa selamat yang diadakan baru-baru ini, AC berkata, ia diadakan bagi memohon keberkatan agar segala urusan mereka dipermudahkan Allah SWT menjelang hari konsert.

"Kami bersyukur kerana diberi peluang untuk berehat seketika daripada jadual latihan yang padat bagi menghadiri majlis doa selamat ini. Kami bukan lagi anak muda, masing-masing sudah berkeluarga.

"Jadi majlis seperti ini penting untuk memohon pertolongan dan keberkatan daripada Allah," tuturnya selepas majlis doa selamat 4U2C di Masjid Bukit Indah, Ampang, Selangor pada malam Jumaat.

Sementara itu, AC turut meluahkan rasa syukur apabila jualan tiket konsert We 4U2C menunjukkan perkembangan p0sitif, khususnya selepas pengumuman penglibatan kumpulan Res2 dan A2Z sebagai artis jemputan.
"Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan di luar jangkaan kami. Penambahan artis jemputan nampaknya memberi imp@k p0sitif kepada jualan tiket," jelasnya.

Sebelum ini, timbul kek£liruan berkenaan hak cipta lagu yang akan dipersembahkan oleh kumpulan 4U2C dalam konsert mereka yang akan datang pada 15 September depan di Idea Live Arena, Petaling Jaya, Selangor.

Terdapat dakwaan daripada pihak tertentu yang mempers0alkan penggunaan lagu kumpulan itu sewaktu konsert sehingga menimbulkan spekulasi dan sal@h faham di kalangan netizen.

Bagi menjernihkan keadaan, Ajai tampil memohon maaf atas sal@h faham yang berlaku dan mengakui isu itu tidak sepatutnya diperbesarkan serta menyatakan sokongannya terhadap 4U2C.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: