Pelakon dan pelawak, Ebby Yus tampil mengulas mengenai kejutan yang diterimannya semalam, apabila pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro menghadiahkan restoran yang baru dibukanya untuk diuruskan.
Kata Ebby atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 60, dia bukanlah menguruskan tetapi lebih kepada membantu melayan pelanggan yang datang.
"Dia ada cakap nak buka di Kampung Baru. Tapi dia tak cakaplah nak beri kepada saya. Saya pun tak tahu kawasan mana sebenarnya dia nak buat. Kelmarin Ajak ada datang rumah. Dia beritahu saya, kata nak bagi saya satu lagi tempat. Sebelum ini dia bagi saya uruskan kedai di Pasar Seni.
"Kalau ikutkan Ajak, dia tak bagi pun saya pergi kedai. Dia suruh saya pergi sebulan sekali sahaja. Tapi takkanlah saya nak buat macam itu pula kan. Orang dah tolong kita.
"Syukur... Alhamdulillah perasaan itu memang tak tahu nak cakaplah macam mana. Saya masih lagi uruskan kedai di Pasar Seni. Kiranya dua kedai saya uruskan sekarang.
"Itu sajalah. Tempat ini dahulunya bekas sebuah restoran popular juga di Jalan Raja Abdullah dan kini dibuka oleh Ajak. Ini cawangan kedai Bumbu Babah yang ke-18. Alhamdulillah berkat dia bantu orang.
"Apa yang boleh kita samakan dengan nilai pertolongan orang? Tak ada. Jadi saya tak ada ayat, tak ada perkataan, nak gambarkan perasaan. Kata orang kita dah tak ada suara yang boleh kita ucap kecuali syukur.
"Di kedai ini mungkin dalam seminggu saya akan ada dua, tiga kali bergantung pada kesihatan saya. Ajak pun tak benarkan saya kerap datang kedai," jelasnya.
Terdahulu, Ebby memaklumkan, dia sebelum ini sudah lama mend£rita mas@lah buah pinggang dan jantung serta menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan kali terakhir pada Oktober lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment