04 July 2025

DID£NDA LEBIH RM1,000 GARA-GARA 'TERS£LUDUP' SEBIJI EPAL KE NEW ZEALAND - UMIE AIDA 'REDA' KENA BAH4N RAKAN-RAKAN ARTIS



"Ini namanya takdir. Saya memang tak bawa apa-apa makanan ke New Zealand kerana nak memudahkan diri masa kat immigr@tion. Dijadikan cerita masa kat lounge Mas Airline saya ambik sebiji apple untuk makan dalam flight sebelum tidur.

"Terlalu keletihan saya terus tidur dalam flight lupa bab apple. Bila sampai New Zealand.. depa scan bag. Hihihi.. ada apple dalam bag kita. So kita kena d£nda bayar $400 😬"

Itulah kongsi pelakon Datin Seri Umie Aida, 51, dimana dia did£nda Biosekuriti New Zealand sejurus tiba di Lapangan Terbang Auckland, baru-baru ini, gara-gara sebiji epal yang tidak diisytihar tersimpan dalam beg.

Jelas Umie, did£nda NZD400 (kira-kira RM1,024) selepas epal yang dibawa dalam beg, dikesan alat imbasan oleh pegawai Imigr£sen.

Klik untuk gambar besar

Berkongsi perkara itu menerusi perkongsian video di media sosial, Umie mengulas insid£n itu mengakui, kekhilafan diri dan menyifatkan pengalaman yang dilalui sebagai takdir yang tidak diduga.

Difahamkan, Umie berada di New Zealand sejak 1 Julai lalu bagi menjalani penggambaran sebuah drama bersiri yang turut dibintangi Nora Danish, Datuk Remy Ishak dan Fattah Amin.

Insid£n lucu itu menjadi bahan gurauan rakan-rakan pelakon yang mengusik Umie kononnya epal dari Malaysia 'terlalu eksklusif' sehingga mencecah nilai RM1,000 sebiji.
"Aku dengar cerita yang mu kena denda. Banyaknya. Dengar cerita mu sanggup tak bawak apa-apa, sekali...," kata Nora Danish.

"Hai epal, saya teringin nak makan epal, Rasanya epal-epal kat sini semua fresh, jom kita cari epal," usik Fattah Amin pula.

"Bila ingat epal, saya ingat Umie Aida. Sebab Umie Aida je beli epal harga RM1,200. Dia je yang mampu," tutur Niesa Khalil.

"Epal ini enak dimakan, tambahan lagi pula dengan harga RM1,000, tambahan lagi datang daripada Datin Paduka Umie Aida," ulas Remy Ishak.

"Epal tu terlalu berharga, jangan main-main. Dia je yang mampu beli," ujar Aleza Shadan pula.

Namun, Umie atau nama sebenarnya, Umi Khalsum Rahmad Ali, tenang dan tidak melatah, malah menerima insid£n itu dengan hati terbuka sebagai pengajaran.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: