Usahawan sens@si, Datuk Seri Aliff Syukri menerusi media sosial telah berkongsi detik bertuahnya apabila dihadiahkan kereta mewah jenis Toyota Vellfire daripada isteri tercinta, Datin Seri Shahida selepas mereka bekerja keras mencari rezeki.
"Setelah bekerja keras siang malam pagi petang, akhirnya saya dihadiahkan oleh isteri saya kereta baru.. Paling istimewa adalah nombor plat kereta saya. Terima kasih sayang ❤️❤️," tulisnya.
Dalam perkongsian itu, Aliff memuat naik video memaparkan sebuah lori menghantar kereta mewah berwarna hitam di kediamannya.
Klik untuk gambar besar
Kata Aliff, nombor plat berkenaan dibeli dengan harga RM10,000, namun ada netizen memberi komen dengan mededahkan harga nombor pendaftaran itu bernilai mencecah RM328,000.
Tidak kurang juga, ada yang mengatakan harga nombor plat berkenaan boleh membeli sebuah lagi kereta.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment