"Macam-macam tawaran dapat, contohnya ada yang nak s£wa bad@n saya dengan harga RM1,000. Saya baru saja dapat mesej itu awal Julai ini. Ada tawaran yang lagi t£ruk sebenarnya tapi saya rasa tidak sesuai untuk berkongsi kepada umum."
Demikian jelas anak kedua pelakon Dharma Harun iaitu Muhammad Al Syafiq atau Syafiq, 36, dimana mendedahkan dia terima pelbagai tawaran kerja tidak sen0noh sehingga membabitkan maruah diri, antaranya ada individu berani menawarkan RM1,000 untuk memiliki tubuh badannya.
Berhubung tawaran itu, Syafiq mengakui tidak terkejut kerana kerjanya sebagai model juga dan menurutnya, tawaran itu mungkin berpunca daripada hantaran foto portfolionya di media sosial.
Sementara itu, Syafiq pernah terfikir meninggalkan pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) demi mencari kerja tetap.
Bagaimanapun, Syafiq berkata, dia hentikan niat itu kerana enggan kerja berbekalkan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saja, selain sokongan moral daripada pelbagai pihak untuknya tamatkan pengajian.
Klik untuk gambar besar
"Kawan-kawan saya pun kata sedikit masa lagi dan kalau berhenti, tetap juga akan bekerja dengan gaji SPM. Saya sudah boleh tanggung keluarga dengan kerja sambil belajar selama ini," ujarnya.
Dalam pada itu, akui Syafiq, dia sebenarnya malu bercerita kepada umum mengenai isu kewangan keluarganya, namun dia terdesak kerana gajinya kerja sambil belajar kecil dan tidak mampu menampung kewangan mereka.
"Nak tahu tak cerita sedih sebab saya kongsi hantaran itu? Tuan rumah suruh kami berpindah. Tuan rumah itu baik tapi itulah ada hut@ng-hut@ng. Gaji saya kecil. Saya harap sangat program Deko Ibadah itu dapat tayang di TV supaya ada sumber kewangan.
"Disebabkan tidak berjalan lancar, tuan rumah minta keluar dalam masa sebulan. Saya ada cuba cari rumah lain nak pindah. Tapi bila dengar kami akan bayar dengan bantuan Baitulmal, orang tak tolong.
"Nak tak nak, saya memutuskan untuk cerita kesusahan kami kepada umum. Alhamdulillah, selepas itu ada saja rezeki masuk dan tuan rumah cakap selagi boleh bayar, masih boleh duduk. Apa-apa sumbangan yang dapat saya guna untuk tujuan itu tapi kerja pun tak tinggal," katanya.
Terdahulu, Syafiq meluahkan rasa terkil@n dengan kecaman netizen yang mendakwanya 'goyang kaki' dan mengharapkan bapanya Dharma, 69, saja kembali bekerja untuk menanggung keluarga.
Jelas Syafiq, dia sebenarnya banyak melakukan kerja sambilan sebagai barista, model dan pelakon untuk menyara keluarga selama ini, namun pendapatan kurang RM1,000 sebulan diraihnya tidak cukup.
Semalam, penerbit Richard Ung menganjurkan tayangan khas filem genre aksi 'Felai Fx' yang dibintangi Dharma serta Syafiq di samping menyalurkan sumbangan kepada keluarga mereka.
Richard berkata, majlis yang berlangsung di Panggung 1, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), di sini itu lebih kepada membantu mengumpul sumbangan buat Dharma kerana kes£mpitan hidup dan bukannya untuk menjual filem Felai Fx.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment