"Orang tak tahu kami sahaja yang tahu macam mana sus@hnya, hanya nak buat konsert saja. Apa yang sus@h sangat sampai jadi isu. 30 tahun 4U2C nak buat 'comeback' pun jadi isu, terus kuat B (panggilan AC), saya sentiasa ada untuk awak."
Itulah tulis isteri kepada pengacara dan penyanyi Datuk AC Mizal iaitu Datin Emylia Rosnaida menerusi media sosial, dimana dia tampil memberikan semangat buat suaminya itu ketika diuji pelbagai kontr0versi baru-baru ini.
Kata Emylia atau nama penuhnya, Emylia Rosnaida Abdul Hamid, dia memahami kesuk@ran yang dilalui suaminya itu dalam menjayakan konsert bersama kumpulannya, 4U2C.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Emylia turut memberitahu, dia dan anak-anaknya iaitu Muhammad Reeve Damien dan Fea Eryssa akan sentiasa memberikan sokongan buat AC dalam memperjuangkan haknya.
"Saya sentiasa ada bersama awak, saya faham apa yang awak rasa. Saya, Fea dan abang (anak) akan sentiasa menyokong awak," ujarnya.
Sementara itu, pengurus Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) iaitu Nor Masayu Alias menjelaskan, lesen daripada pihaknya diperlukan jika mana-mana artis ingin membuat persembahan di khalayak ramai.
Kata Masayu, jika konsert We 4U2C melibatkan persembahan secara langsung, permit daripada MACP sudah memadai untuk mereka meneruskan acara yang dirancang.
"MACP mewakili hak komposer, penulis lirik dan penerbit muzik. Lesen kami memberi anda kuasa undang-undang untuk melaksanakan atau memainkan karya mereka di khalayak ramai, mengikut Akta Hak Cipta Malaysia 1987.
"Harap maklum lesen yang sah daripada MACP diperlukan untuk sebarang persembahan karya muzik berhak cipta di konsert anda.
"Jika konsert anda melibatkan persembahan secara langsung sahaja, lesen MACP sudah memadai," katanya yang mengulas perkara berkenaan susulan kontr0versi penganjuran konsert kumpulan 4U2C yang menjadi bualan dalam kalangan penggiat seni.
Bagaimanapun, Masayu turut memaklumkan, penyanyi atau kumpulan itu perlu meminta izin daripada pengeluar terlebih dahulu jika sesebuah konsert itu melibatkan bunyi daripada 'minus one' atau perkara-perkara berkaitan.
"Jika acara anda termasuk persembahan awam muzik yang dirakam seperti trek minus one, muzik latar belakang, muzik selingan, set DJ atau video muzik, sila ambil perhatian anda juga mungkin dikehendaki mendapatkan persetujuan berikut daripada pengeluar (label rakaman)," jelasnya.
Malah Masayu memberitahu maklumat lanjut boleh terus bertanyakan kepada tiga badan kutipan royalti iaitu Collective Management Organisation (CMO), Public Performance Malaysia (PPM) dan Recording Performers Malaysia (RPM).
Sebelum ini, timbul kontr0versi apabila komposer Man Senoi dan isteri, Mama Rap yang mendakwa pihaknya tidak dimaklumkan mengenai penganjuran WE 4U2C Live In Concert biarpun mereka memiliki hak sepenuhnya ciptaan lagu-lagu kumpulan itu.
Man Senoi juga mempers0alkan bagaimana 4U2C mahu mementaskan konsert berkenaan jika 25 lagu yang dirakam adalah hak milik syarikatnya, Zman Production.
Pada Rabu, AC menerusi satu sidang media dibuat memberitahu konsert mereka yang dijadualkan berlangsung pada 15 September depan tetap diteruskan kerana mempunyai kelulusan daripada MACP.
Jelas AC, isu dibangkitkan Man Senoi berkaitan hak 25 lagu adalah p£lik kerana dia sendiri belum mengumumkan lagu apa yang akan dinyanyikan pada konsert nanti, selain berkata, cuma sembilan daripada 25 lagu 4U2C milik Man Senoi menerusi tiga album kumpulan itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment