"Tahniah D.I.Y. untuk ulang tahun ke-20. Selamat datang ke Stadium Merdeka. Terima kasih DIY kerana menjemput saya. Tidak mudah untuk saya berada di atas pentas hari ini (semalam), namun saya berjaya melaluinya."
Itulah kata penyanyi Shila Amzah, 32, dimana dia tetap profesional dan meneruskan persembahan pada Konsert Ulang Tahun Ke-20 Mr D.I.Y di Stadium Merdeka, di sini, malam tadi walaupun berdepan situasi dis£rang seorang penyanyi lelaki legenda semalam.
Shila yang tampil dengan persembahan bertenaga walaupun mengakui sedang s@kit kepala itu membuka tirai konsert pada malam itu dengan menyampaikan lagu 'Fireworks' yang juga nyanyian asal Katy Perry dan ia mendapat sorakan penonton.
Selain lagu 'Fireworks', Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Hamzah juga menyampaikan lagu malar segarnya, 'Memori Tercipta' dan lagu dalam bahasa Mandarin iaitu 'Xiang Ni De Ye'.
Bagaimanapun, Shila enggan bertemu wakil media dan terus pulang sebaik selesai persembahan.
Klik untuk gambar besar
Nampaknya, ibu dua cahaya mata itu dilihat mengambil keputusan untuk 'mengunci mulut' kerana bimbang kenyataannya nanti akan mengg@nggu sias@tan polis.
Dalam pada itu, Shila menjelaskan, dia juga mahu menghormati konsert yang berlangsung di stadium Merdeka Kuala Lumpur malam tadi.
Ujar Shila lagi, dia bakal mengadakan sidang media apabila sudah bersedia untuk mengulas lanjut isu berkenaan.
"Saya tidak dapat memberi kenyatan malam ini atas nasihat pihak polis serta menghormati pihak klien dan penganjur acara malam ini. Mohon maaf rakan- rakan. Insya-Allah bila sudah bersedia saya akan maklumlam," tulisnya.
Terdahulu, satu laporan polis dibuat Shila atas dakwaan dis£rang penyanyi itu ketika mereka sama-sama terbabit dalam sebuah acara di Stadium Merdeka.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Shila menerusi satu hantaran di media sosial, dimana ia menc£tuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat dan warga industri hiburan.
Dalam kenyataan itu juga, isteri kepada pemp£ngaruh, Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, ini turut membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment