08 August 2025

MAHU SUSUN SEMULA HIDUP PERLAHAN-LAHAN - EDA EZRIN ANGGAP PENGALAMAN 9 BULAN DI PENJ4RA BERI PENGAJARAN : "TERIMA KASIH KERANA TIDAK PERNAH MEMBELAKANGKAN SAYA"



"Alhamdulillah, tidak ada kata yang mampu menggambarkan rasa syukur dan sebak yang saya rasakan saat ini. Setelah melalui detik-detik yang begitu mencab@r dalam hidup, akhirnya saya kembali menjejak tanah air tercinta.

"Ujian ini bukan mudah namun dengan doa yang tak pernah putus, saya temui kekuatan untuk terus bertah@n.

Itulah tulis penyanyi Eda Ezrin, dimana dia meluahkan rasa syukur selepas bebas menjalani tah@nan dari Penj@ra Pusat Wilayah Narathiwat, Thailand.

Dalam luahan tersebut, Eda atau nama sebenarnya, Wan Norsahidah Azlin Wan Ismail, 30, mengganggap tempoh sembilan bulan berada di penjara, banyak memberi pengajaran buat dirinya.

Sebelum itu, Eda yang tiba di Kompleks Imigr£sen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, Kelantan, hadir memberi keterangan di Balai Polis Rantau Panjang dan kemudian pulang ke pangkuan keluarga.

Sementara itu, Eda mengucapkan penghargaan buat ahli keluarga dan teman rapat yang sentiasa memberi sokongan ketika berdepan ujian, selain juga melihat pembebasannya itu sebagai satu permulaan baharu dalam hidup.

Klik untuk gambar besar

"Terima kasih kerana tidak pernah membelakangkan saya. Izinkan saya menyusun semula langkah, perlahan-lahan, dengan penuh harapan dan doa. Moga Allah membal@s setiap kebaikan kalian," tuturnya.

Untuk makluman, pada 2 November tahun lalu, media melaporkan seorang penyanyi wanita tersohor Kelantan antara enam indvidu ditah@n oleh pihak polis Thailand.

Mereka ditah@n bersama 6,059 biji pil kuda dalam s£rbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat pada pagi 1 November.

Pada 6 Mac lalu, Eda dan suaminya iaitu Mohd Affendi dibebaskan oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat daripada pertuduhan berkenaan.

Namun, dia perlu menjalani tah@nan bagi membolehkan pihak pendakwaan mengemukakan rayuan.

Mahkamah di sana pada Rabu bagaimanapun menolak rayuan pendakwaan untuk terus menah@n Eda bersama suami dan empat rakan mereka.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: