Takziah diucapkan kepada penyanyi Pasya atas pemergian bapanya yang meninggal dunia pada usia 65 tahun akib@t kans£r paru-paru tahap empat pada pagi Sabtu.
Berita duk@ itu dikongsikan Pasya atau nama sebenarnya, Faizul Ashraff Fauzi, 31, dimana katanya, arwah bapanya itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 7 pagi selepas berbulan-bulan bert@rung dengan peny@kit berkenaan.
"Ayah saya dah hidap kans£r paru-paru tahap empat. Sebenarnya sepanjang tiga bulan saya dalam pr0gram Raise The Star, ayah sebenarnya sedang bert@rung.
Klik untuk gambar besar
Maklum Pasya lagi, lebih menyedihkan, arwah bapanya itu 'pergi' ketika berada di dalam pangkuannya selepas dia bergilir menjaganya sepanjang malam.
"Hari ini giliran saya jaga ayah dan dia pergi di tangan saya sendiri. Biasanya malam ayah okay tidur, tapi malam semalam lain sikit," tuturnya.
Reda dengan pemergian bapanya itu, Pasya berkata, dia tidak menyangka ajal akan datang secepat ini, kerana doktor ada memaklumkan jangka hayat arwah lebih kurang enam bulan, namun Allah lebih menyayanginya.
"Sebenarnya perkara ini kami dah boleh jangka sebab tahap empat. Kami sudah bersedia cuma tak sangka secepat ini.
"Baru semalam jumpa doktor, katanya jangka hayat arwah mungkin enam bulan lagi. Kami cuba p0sitif depan ayah, walaupun hati h@ncur dan sedih sangat," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment