"Saya harap selepas ini tiada lagi orang kata dia (Daniesh) 'anak ikan'. Jangan kata, itu 'anak ikan' saya sebab dia adalah dua pupu saya."
Demikian kata penghibur 'versatile', Azharina Azhar, 40, dimana dia menjelaskan, hubungannya dengan penyanyi Daniesh Suffian, 27, adalah dua pupunya dan bukan 'anak ikan' sebagaimana didakwa netizen di media sosial.
Azharina yang ditemui selepas majlis pelancaran lagu duet, 'Gunung Kinabalu' nyanyiannya bersama Daniesh ini berkata, Allahyarham datuknya dan Allahyarham datuk Daniesh adalah adik-beradik, maka hubungan sebenar mereka ialah bersaudara.
Disamping itu, Azharina mengakui, dia tidak tahu siapa yang mengaitkannya dengan dakwaan 'anak ikan' itu, malah kasihan dengan individu terbabit, namun sangat berterima kasih.
Klik untuk gambar besar
"Saya bawa Daniesh untuk sama-sama menyanyikan lagu ini (Gunung Kinabalu) sebagai sal@h satu sumbangan saya untuk tunjukkan dan memperkenalkan bakat Daniesh yang mungkin ramai belum tahu lagi.
"Tapi, di media sosial memang ramai yang kata dia (Daniesh) 'anak ikan', 'anak ikan emas', semua ada. Tapi tak apalah ya, saya maafkan mereka semua.
"Ada yang kata, kami macam emak dan anak pun ada. Sumpah ya, ada orang cakap (komen) macam itu di TikT0k saya yang ada 1.9 juta tontonan itu. Tapi, saya reda. Saya tetap reda dengan apa pun.
"Bagi saya yang penting, sedap pula suara dia (Daniesh) ini. Sebab awak boleh nampak banyak kita dengar lagu duet di luar sana, tapi dia 'tak kahwin' atau boleh 'blend'," ujarnya.
Dalam pada itu, Azharina meluahkan rasa sangat bersyukur apabila vokalnya dan Daniesh memang boleh 'bersatu' dan ia sudah terbukti ketika mereka menyanyikan beberapa lagu 'cover' di TikT0k.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment