"Pasal status pandai-pandailah kalian fikir. Masih suami isteri itu, dia subjektiflah, terpulang pada kalianlah untuk menilai. Jadi saya harapkan netizen doakan yang baik-baiklah bagi kami.
"Kami pun bukannya jenis pasangan kalau ada mas@lah rumahtangga, berg@duh atau apa, kami muat naik di media sosial. Apa yang kami tontonkan pada netizen yang elok-elok sajalah.
"Banyak kali saja kami bersama, tapi yang bersama itu tak tunjuk. Jadi itulah yang menjadi persoalan tu. Bagi kami, sekarang fokus adalah kerjalah."
Itulah kata pelakon dan usahawan, Ben Ali atau nama sebenarnya, Nur Ali Nadzwan, 32, dimana dia menyerahkan sepenuhnya kepada mana-mana pihak untuk menilai mengenai status hubungannya dengan isteri, pelakon Nadiyah Shahab, 32.
Ben bagaimanapun enggan mengesahkan apa-apa apabila dia dan Nadiyah dikatakan bermain tarik tali mengenai status hubungan mereka sama ada masih suami isteri selepas rumah tangga selebriti itu pernah dikhabarkan berg0lak.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, ulas Ben lagi, dia turut menyakinkan bahawa apa jua statusnya bersama Nadiyah, hubungan mereka tetap akrab, malah katanya, mana-mana pihak kena akur dengan keakraban mereka itu.
"Katakanlah, saya sudah tak ada (suami isteri) dengan Nadia, dia pun sudah dengan orang lain, kami tetap akan rapat selamanya. Orang baharu itu pun kena terima bahawa saya dengan Nadia tak boleh berpisah pun.
"Sebelum kahwin pun kami memang 'best friend'. Hubungan kami terlalu rapat sampaikan keluarga pun terlalu rapatlah. Saya tak boleh berpisah dengan ahli keluarga dia dan juga dia sendiri.
"Kami pun hari-hari berkomunikasi dan jumpa macam biasa," ujarnya yang mendirikan rumah tangga dengan Nadiyah pada November 2018 dan belum dikurniakan cahaya mata.
Sementara itu, Nadiyah atau nama sebenarnya, Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab pula berkata, dia percaya apa-apa persoalan mengenai mereka akan terungkai juga suatu hari nanti.
"Mungkin seiring masa berlalu, dalam beberapa tahun lagi, kalian akan tahulah. Kalau you nampak Ben dengan orang lain, maknanya sudahlah (berpisah).
"Sama ada kami masih bersama atau tidak, kami masih sentiasa ada keserasian dan sinergi. Kami akan selalu rapat dan tiada mas@lah punlah untuk buat kerja bersama," tuturnya.
Terdahulu, Ben dan Nadiyah mencvri perhatian selepas berkongsi video bersama di media sosial dan kemesraan mereka cukup mencuit ramai sewaktu menikmati menu baharu yang dilancarkan.
Pasangan terbabit turut bergurau-senda sambil Nadiyah menyuapkan makanan kepada Ben, sekali gus men£pis kontr0versi bahawa terdapat perg0lakan dalam rumah tangga mereka.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment