09 September 2025

BILA HANTARAN ABBY ABADI TERIMA PELBAGAI REAKSI, ADA DAKWA BERKAITAN RUMAH TANGGA ANAKNYA, MARISSA DANIA : "ALHAMDULILLAH DAH BERANGKUT DAH, M4LULAH HIDUP ATAS DUIT PEREMPUAN..."



Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi, 48, baru-baru ini ada memuat naik hantaran di media sosial, dimana dia menyuarakan tentang pandangannya terhadap sikap segelintir lelaki yang hidup di atas duit perempuan.

Hantaran Abby itu sekali lagi menc£tus perbualan ramai dan mengund@ng pelbagai reaksi apabila dia m@lu melihat lelaki yang menumpang duit atau kesenangan kaum wanita.

"Alhamdulillah dah berangkut dah. Malulah hidup atas duit perempuan, jalan terus jangan belok-belok," tulisnya yang tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun ada yang mendakwa ianya berkaitan dengan rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania.

Klik untuk gambar besar

Malah ungkapan 'berangkut dah' yang ditulis Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, itu seakan memberi bayangan ada kem£lut yang berlaku antara Marissa dan suaminya, Ahmad Aslam.

Rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan Abby yang mahu menyelamatkan anak perempuannya itu yang berkahwin dengan Aslam pada 27 Disember 2023 di Songkhla, Thailand, sebagai isteri kedua.

"Alhamdulillah kalau Marissa sudah keluar daripada hubungan t0ksik, Marissa lebih layak dapat lelaki yang terbaik dari orang itu. Semoga dipermudahkan."
"Tindakan Abby betul, seorang ibu mana boleh terima anak kahwin dengan suami orang. Aslam adalah punca, berani kahwin dengan anak orang sampai bawa ke Thailand. Lepas itu tak reti nak minta izin keluarga."

"Satu keputusan yang baik Marissa, walaupun dulu saya tak setuju tapi belum terlambat untuk dia (Marissa) perbaiki hidup. Tengok lelaki tu senang lenang saja bini-bini kerja keras nak cari duit, dia kerja apa ya? perempuan tak harus dipergunakan," itulah antara komen-komen yang ditulis netizen.

Sebelum ini, Abby juga beberapa kali meluahkan pandangan tentang perkahwinan Marissa yang dianggap sebagai satu hubungan t0ksik, malah dia sendiri berharap agar anaknya itu tidak lagi terlibat dalam perhubungan sebegitu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: