Baru-baru ini, pelakon Nora Danish dan Mickey Ayo telah memuat naik hantaran berkongsi hadiah di media sosial masing-masing dan perkongsian itu menjadi perhatian netizen.
Dalam hantaran itu, Mickey yang merupakan seorang perunding kewangan ini dilihat menghadiahkan sepasang kasut putih jenama QC kepada Nora.
Tidak lama selepas itu, Nora menerusi media sosial miliknya pula tampil membal@s pemberian Mickey dengan menghadiahkannya jam sukan berjenama Suunto.
Perkongsian berbal@s hadiah itu nyata mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang mula membuat andaian tentang status sebenar hubungan mereka.
Klik untuk gambar besar
Kemudiannya, Nora tampil menafikan dakwaan dia bakal mendirikan rumah tangga dengan Mickey yang juga merupakan seorang duda anak tiga.
Malah, Nora turut menjelaskan foto dan video yang tular di media sosial ketika itu hanyalah sebahagian daripada kempen pemas@ran pr0duk dan tidak ada kena-mengena dengan urusan peribadinya.
Walaupun Nora menafikan perkara itu, namun netizen masih lagi 'menyi@sat' perkembangan hubungan mereka yang kelihatan semakin mesra.
Kali ini, dengan adanya pertukaran hadiah dan ucapan mesra di media sosial, peminat semakin tertanya-tanya sama ada hubungan itu sekadar kawan rapat atau sebenarnya lebih daripada itu.
Sehingga kini, Nora dan Mickey masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai status hubungan mereka.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment