"Sebelum ini dia (suami) kerap mengadu s@kit bahu. Banyak kali juga berurut dan s@kit itu akan hilang. Cuma tahun ini agak kerap dia s@kit.
"Baru-baru ini dia ada pergi mengurut di Taiping, Perak dan tukang urut itu beritahu dia tak boleh pegang. Katanya perlu buat pemeriksaan di hospital.
"Jadi pada 18 Ogos lalu, kami ke HKL untuk buat pemeriksaan dan doktor terus ambil sampel. Dia disahkan ada tum0r."
Itulah jelas pelakon dan penyanyi Safura Yaakob, dimana dia memberitahu suaminya yang juga pelakon, Shahronizam Noor sudah mula mengadu s@kit sejak beberapa tahun lalu, sebelum disahkan menghidap tum0r di bahagian kanan belakang badannya.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, tutur Safura lagi, Shahronizam bersedia dengan sebarang kemungkinan, selain juga reda sekiranya keputusan ujian sampel disahkan menghidap kans£r.
"Kami menunggu keputusan dan temu janji bulan Oktober ini untuk mengetahui rawatan susulan sama ada kans£r atau hanya tum0r.
"Ini rezeki dan bahagian suami saya. Dia tetap tenang menerima keputusan sebelum ini dan sedia berdepan sebarang kemungkinan. Semoga yang baik-baik sahaja," katanya.
Jelas Safura, meskipun dalam keadaan s@kit, suaminya itu tetap mahu terus bekerja agar tidak terlalu memikirkan tentang peny@kit yang dialami dan difahamkan, kini sedang menjalani penggambaran di Pekan, Pahang.
"Kami menangis bercakap soal ini ketika sama-sama duduk di meja makan. Dia mahu terus bekerja sebab sudah beri komitmen. Katanya dia perlu kerja untuk tanggung keluarga.
"Dalam masa sama, kalau dia keluar bekerja tidaklah terlalu berfikir tentang s@kit yang ditanggung," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment