15 September 2025

ISU BANDINGKAN FAZURA & AMIRA OTHMAN - ANZALNA NASIR MOHON HENTIKAN, HARAP NETIZEN BERSIKAP P0SITIF : "MEREKA BERDUA ADA KEISTIMEWAAN MASING-MASING & WANITA HEBAT"



"Janganlah kita menc£tuskan drama yang tidak perlu. Saya benar-benar menghormati Fazura dan Amira Othman. Mereka berdua ada keistimewaan masing-masing dan wanita hebat. Disebabkan itu saya bersyukur kerana menjadi sahabat mereka."

Demikian ujar pelakon Anzalna Nasir, dimana dia memohon orang ramai supaya tidak membandingkan pelakon dan usahawan Nur Fazura dengan penyanyi Amira Othman.

Anzalna atau nama penuhnya, Nur Anzalna Md Nasir, 37, yang mengenali kedua-duanya sebagai sahabat itu berkata, Fazura dan Amira merupakan wanita hebat yang mempunyai keistimewaan masing-masing.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Anzalna yang berkongsi perkara berkenaan menerusi media sosial, turut berharap agar netizen lebih bersikap p0sitif dan meraikan kebahagiaan masing-masing tanpa menc£tuskan perbal@han.

"Saya ikhlas mendoakan yang terbaik buat mereka (Fazura dan Amira), jadi marilah kita rasa gembira untuk semua orang," tutur pelakon drama 'Adam Hawa' ini.

Pada malam Ahad, pelakon Fattah Amin selamat diijabkabulkan dengan Amira dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di Golden Palm Tress Malaysia, Sepang, Selangor.
Dalam majlis tersebut, Anzalna hadir sebagai pembawa dulang hantaran bagi pihak pengantin perempuan bersama beberapa selebriti lain seperti Ernie Zakri, Hawa Rizwana dan Nabila Razali

Untuk makluman, Fattah pernah berkahwin dengan Fazura pada 27 November 2017, sebelum bercerai pada 7 Oktober lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: