12 September 2025

"KALAU ORANG ITU BETUL-BETUL JUJUR DENGAN SAYA, NAK JAGA SAYA... PASTI SAYA TERIMA" - SHERRY IBRAHIM AKUI TAK G0YAH DENGAN PANDANGAN ORANG RAMAI MASIH SINGLE DI USIA 42 TAHUN, ANGGAP JODOH BELUM SAMPAI



"Saya kekal dengan cara hidup saya. Di media sosial pun saya tak pernah kongsi berkenaan kisah peribadi. Ia bukan perlu ditunjuk kepada sesiapa."
Demikian kata pelakon Sheery Ibrahim, dimana dia tidak g0yah dengan pandangan orang ramai terhadap dirinya yang masih lagi hidup solo di usianya sudah menginjak 42 tahun.

Jelas Sherry, dia enggan mempedulikan apa saja panjangan orang ramai, sebaliknya pelakon itu mengakui selesa menjalani kehidupan dengan cara sendiri.

Dalam pada itu, Sherry beranggapan jodohnya belum sampai lagi walaupun dia ada berkawan dengan lelaki, selain berkata, dia mempunyai kawan dan keluarga meskipun belum ditakdirkan hidup berpasangan.

"Saya tidak mengharap pada jodoh. Berkawan dengan lelaki itu memang ada. Tapi, jodoh itu belum sampai. Insya-Allah kalau ada jodoh yang betul-betul, saya bersedia," ujarnya yang turut memberitahu, dia memerlukan lelaki yang ikhlas, jujur serta mahu menjaga dirinya.

"Saya hanya perlukan seorang lelaki yang ikhlas. Bagaimana dan siapa pun dia, kalau orang itu betul-betul jujur dengan saya, nak jaga saya, nak kahwin dengan saya, pasti saya terima.

"Kalau dia adalah yang terbaik, apa yang saya doa selama ini dan yang pasti, mama pun doa serta kawan-kawan saya pun nak yang terbaik untuk saya," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: