05 September 2025

KISAH JODOH - LIZA ABDULLAH BELUM SEDIA KONGSI : "ADA BENDA BOLEH KONGSI, ADA BENDA TAK BOLEH KONGSI"



"Biarlah dulu. Bukan tak nak kongsi, tapi ada benda boleh kongsi, ada benda tak boleh kongsi," kata pelakon dan penyanyi, Liza Abdullah yang memilih untuk tidak terlalu terbuka berkongsi soal jodoh dengan umum, selepas lebih sedekad bergelar ibu tunggal.

Dalam pada itu, Liza atau nama sebenarnya, Norliza Abdullah, 61, menjelaskan, dia lebih selesa menyimpan hal peribadi untuk diri dan keluarga.

Ujar pelakon drama bersiri '7 Hari Mencintaiku' itu lagi, dia tetap berhati-hati agar tidak membuka ruang yang boleh mengund@ng fitn@h atau meny1nggung pihak lain, meskipun sering menjadi perhatian peminat.

Klik untuk gambar besar

"Kita terima kenyataan orang nak tahu tentang kita. Kalau boleh tutup, kita tutup. Mudah saja, jangan buka a1b orang. Kita sendiri pun banyak a1b buruk," ulasnya yang turut men£kankan kepentingan meninggalkan legasi yang baik apabila sudah tiada nanti.

"Bila kita sudah tiada, kita nak tinggalkan benda yang baik-baik. Sekarang ini banyak benda men@kutkan. Dekat media sosial, kalau terlepas cakap, memang tak boleh tarik balik," tuturnya.

Untuk makluman, Liza pernah berkahwin dengan Allahyarham Zolkifli Abdul Rahman pada 1988 dan dikurniakan empat cahaya mata. Namun selepas 26 tahun hidup bersama, mereka berpisah pada 24 Februari 2014.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: