20 September 2025

PESERTA WANITA PR0GRAM REALITI DIDAKWA CUL4S DALAM BUAT PEMBAYARAN - HUT4NG RM3,600 & T1PU TRANSAKSI : "SAYA DOAKAN KEMENANGANNYA SUPAYA DIA DAPAT BAYAR WANG SAYA"



"Kami mula bekerjasama sejak dia menjalankan perniagaan di Putrajaya. Saya sebagai pembekal makanan dia sehinggalah dia membuka kiosk di Masjid Jamek, Pasar Seni dan KL Sentral.

"Saya sudah maklumkan tidak mampu melakukan penghantaran di sana tapi dia minta tolong dan saya ikutkan permintaannya itu.

"Awalnya dia ada buat pembayaran tapi kemudian mula cul@s sehingga saya sus@h nak teruskan perniagaan kerana saya bukan peniaga besar."

Demikian kata seorang pembekal dikenali Yus itu, dimana dakwanya, seorang peserta wanita yang sedang mengikuti sebuah pr0gram realiti nyanyian ketika ini didakwa cul@s dalam membuat pembayaran terhadap pembekal vendor kiosk makanannya sejak awal tahun ini.

Jelas individu berusia 41 tahun itu lagi, penyanyi berkenaan berhut@ng sebanyak RM3,600 dan keadaan bertambah t£gang apabila penyanyi berkenaan mula menyertai pr0gram tersebut.

Klik untuk gambar besar

Yus yang enggan terus berdiam diri itu mendakwa lagi, penyanyi wanita terbabit mula mengab@ikan mesej WhatsApp dan panggilannya bagi menuntut baki hut@ng yang belum dilunaskan.

Malah katanya, apa yang lebih par@h, penyanyi berkenaan turut memberikan transaksi palsu dengan membayar jumlah RM4,000 kepada dirinya.

"Sebelum dia masuk pr0gram itu memang saya sentiasa foll0w up sampaikan dia beri saya transaksi resit palsu bernilai RM4,000.

"Awalnya saya cuba p0sitif tapi bila duit tak masuk macam-macam alasan dia beri. Saya memang perlukan duit, mungkin dia tak terasa tapi saya ada sembilan anak yang sedang membesar.

"Selepas itu dia ada buat pembayaran sebanyak RM400 sebab dia kata wajib bayar hut@ng. Tapi ini bukan hut@ng tetapi dia sel£wangkan duit saya, dia t1pu saya," tuturnya lagi.
Selain itu, Yus turut memberitahu, perasaannya hampa apabila masih tiada pembayaran dibuat, meskipun sudah melakukan pelbagai cara untuk menuntut haknya, selain turut menghubungi suami wanita berkenaan.

Bukan itu sahaja, dia juga ada meninggalkan komen di media sosial penyanyi itu tapi semuanya dipadam dan akaunnya dis£kat.

Dalam pada itu, Yus berkata, dia masih memberi peluang kepada penyanyi berkenaan untuk membuat pembayaran dan belum merancang untuk mengambil tindakan undang-undang.

"Saya cuma mahu dia bayar duit saya saja, bukan niat saya nak viralkan dia tapi dia sendiri juga tidak kisah sekiranya diviralkan.

"Saya ada tinggalkan komen di media sosialnya, bukan niat nak memburvkkan tapi saya mendoakan kemenangannya supaya dia dapat membayar wang saya," luahnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: